Jumaat, 25 Disember 2009

>>Marriage Proposal<<


Sedang aku asyik melayan kartun kesukaan aku, tak lain tak bukan upin ipin di tv9..tiba2 kedengaran seperti ada org memberikan salam.aku buat tak tau je dengan kehadiran tetamu tersebut."peduli la bukan tetamu aku pun" hatiku berkata2.dek keasyikan tgk gelagat upin dan ipin.sedar tak sedar mama segera meluru keluar dgn muka mencebik ke arah aku."ish anak dara ni.dok layan tv je keja dia" bebelan mama sampai ke penghujungnya dek terkejut bila melihat tetamu yg tak diundang dalam satu rombongan muncul di muka pintu.aku menoleh sejenak kepada tetamu tu.

Aku mengalih tempat duduk ku ke meja makan.mata aku hanya tertumpu dikaca tv.sambil remote masih tetap kukuh dalam genggama
n aku.aku merasakan ada tetamu yg memerhatikan gelagat ku.aku buat tak tau je.coz rancangan kat tv lebih menarik perhatian.

setiap bait kata yang dituturkan aku dengar dengan jelas."kami datang sini berhajat".kata lelaki yg mengetuai rombongan tersebut.aku lihat mama terkebil2 menangkap makna yang tersirat pada ayat tu."kami nak meminang anak puan".sambung lelaki itu lagi."anak?" soal mama."anak dara saya ada tu ha" sambil menunding jari telunjuknya ke arah ku.

"Hah yang tu la.untuk anak lelaki saya".jawab lelaki tersebut.terkejut my heart bukan aku je terkejut mama pun sama..menyirap darah aku.cepat2 aku masuk ke bilik.terkejut dan malu datang menerpa."uish anak dia sape.aku pun tak kenal.tiba2 je nak meminang".kataku dalam hati.

ketukan demi ketukan di pintu bilik membuatkan aku terkejut sekali lagi."mama".soalku.mama duduk disebelahku."ros taknak.tak sedia lagi.muda lagi la.pikiran pun tak matang lagi.masih keanak-anakkan".aku meluahkan rasa ta
k puas hatiku.mama diam tanda mengerti.

'maafkan aku menduakan cintamu..........................."deringan dari hp ku menyedarkan aku dari mimpi...........wakakakaka bermimpi rupanya aku.adoi tergelak aku menahan lucu mengingatkan mimpi tu.sedar2 je aku berada dalam bilik kat rumah family aku.bukan kat rumah 'mama'..mama yg aku maksudkan bukan mak kandung aku.tpi mama yg dah menjaga aku sejak dari kecil lagi dan kini mama berada jauh nun di negeri org.

"slmt pg cyg..dah bgn? sihat? jap lg nak kluar..ros take care k.pape msg k.miss n love u mucuk2" msg ni la yg menyedarkan aku dari
terus bermimpi.menyedarkan aku akan kebenaran.menyedarkan aku agar terus tabah melalui setiap hari.aku tersenyum sorg2.dalam hati aku berkata klu aku cerita mimpi aku pada beliau apa respon beliau ye.mesti gelak sakan seperti disampuk dek jin.biar je la dia baca kat sini.

aku tak menyangka akan bermimpi seperti tu.benarla kata org mimpi tu mainan tido.macam2 boleh muncul..mimpi dipatuk ular pun dah aku alami.mimpi sedih,ketawa.semua dah aku rasa..mimpi hantu je aku tak pernah..jangan malam ni muncul dah la.

Tersenyum2 aku bila memikirkan yg aku akan melakarkan mimpi aku kat dalam blog ni...menjadi satu cerita..setelah berjam2 aku merenung lappy aku yg cute ni.akhirnya dapat gak aku mengerakkan jari2 aku menaip setiap baris kata yang terlintas dalam fikiran aku..sepanjang hari ni aku hanya menghabiskan masa membaca novel.sampai tak sedar hari dah petang.tu la yang aku nak.nak masa berlalu dengan cepat..


semalam adalah sejarah, hari ni bakal menjadi kenangan dan hari esok adalah sesuatu yang tak pasti........ ^.^


2 ulasan:

  1. heheheehe.. dok teringat akak kot
    adik akak pon dah jangkit
    nak kono2 risik..
    kuikuikui..:P

    BalasPadam
  2. wei.......takde la kak...wakaka..takde ingat pape pun..bf pun takde..rombongan sape la malam tadi tu erk..muka dia tak jelas la..

    BalasPadam