Jumaat, 22 Januari 2010

~pretty boy, macho girl~

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka


Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa


Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka


Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa


Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa


Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah

Kenangan bersama tiada kulupa

video ni khas aku buat utk sahabat2 aku.. rindu kt korang semua..walau di mana pun korg berada aku tetap mengingati kalian semua.... "di disi memori tercipta walau hanya sekejap saja, kenangan bersama tidak ku lupa"....

nini, ain, rina, suri, eva, nancy, christy, chan, suri, liza, jas, fara, dyan, dida, mel, emy, pai-g, aslina, ucik, kt, momoy, dk, ziana,
ad, kahar, zul, agus, atai, helmi, muziman, raudih, charles, adrian, boyd, joe, hamidi, pian. nama kalian tak pernah aku lupa.. coz aku dah ada "list"......muahahaha...

ntah apa dah jadi kat korg semua kan..maybe ada yg dah jadi suami, dah jadi isteri, dah jadi ibu, jadi bapa.. pape pun yg dah jadi kat korg moga korang semua bahagia hendaknya...

aku tetap jadi aku...hehehe... "mungkin di sini kita kan berpisah, tpi kenangan tetap tak blh dipisahkan"......

aku pun turut sama menyumbangkan lagu ni....wakakaka..dengarla klu sudi..erm hehehe..ketika aku menyumbang lagu ni...guruh, petir, kilat semua turut sama menyumbangkan bunyinya..jadi background muzik latar aku...muahaha..seram sejuk aku taip ni..almaklumla takut bunyi2 tu..rasanya saat ni aku nak je masuk bawah meja..nyorok..tpi aku cekalkan hati menghabiskan ayat2 terakhir ku.

sedap sangat suara aku ni kan...sampai hujan pun turun memeriahkan lagi suasana tdi..bukan hujan je..alarm keta kat "kapak" pun turut sama mengeluarkan bunyinya..terpikir olehku..."layak la aku ni jadi seorg penghibur".... muahaha adoiii..terasa suara aku sangat la lemak merdu..alam pun ikut berbunyi seiring mengalunkan lagu...

muahahaha..perasan je aku ni......... :)) sesekali angkat bakul sendiri..bukan berat pun kan kan kan... :P



Align Center

Ahad, 17 Januari 2010

Doa


Ya Allah ya Tuhan ku, Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini, memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu. Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu yaAllah.

Ya Allah Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tuhan Pemerintah hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami memohon pertolongan Tunjukkanlah kami jalan yang lurus Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat keatas mereka Bukannya jalan orang yang Engkau murkai dan bukan pula orang-orang yang sesat.

Ya Allah Ya Zaljalaaliwalikrom Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah. Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan, aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya Engkau murkai, aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya Engkau tuntuti.

Ya Allah, teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku,
Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan
lindunganMu Jauhilah aku dari segala laranganMu, Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu, Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat, Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat.

Ya Allah, Ya Rahim Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang
beriman kepadaMu dan berbakti kepada kedua ibubapaku.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil
bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu

aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah
terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan menyakiti hati mereka kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang sedangkan ku tahu, Engkau melarang menyebut walaupun perkataan "huh" kepada mereka. Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan. Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan merekalah aku berjaya kini, keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku tidur malam mereka aku ganggu titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku tidak pernah mereka mengadu letih tidak pernah mereka mengadu sakit lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim dimalam ini aku terkenang semua itu dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka, dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam kubur
ya Allah
aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah aku tahu ya Allah mereka terlalu lemah dan tidak mungkin dapat menahan siksaanMu yang amat pedih itu
ya Allah
Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah yaTuhanku.

Maha Suci Allah Yang Maha Besar
Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh
yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah
dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah
jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah.
Tuhan Sekelian Alam.
Amin.Amin Ya Rabal a'lamin.........

Doa Ibu dari Blog DPMZ

Cintaku Di Bawah Pokok Tembikai



ni la video kedua yg aku buat dan papar kan kat blog aku... sebenarnya video ni dah lama dah ada kat blog.. cuma masuk kat draft...aku belek2 dan godek seperti yang disuruh.. rajin2 mengodek.. dan akhirnya...aku terjumpa yang ni... hehehe...


sungguh aku dah melupakanmu...maafkan aku ya wahai video....hehehe.. video aku buat khas utk kawan2 alam lain... ayukkkkkkk :-ss maksud aku alam maya la... hehehe...


dan aku dah post video ni kat fb aku..wah dapat sambutan yang sangat mengglakkan..macam sambutan filem kat layar perak gitu...


kalau aku jual laku kot...mesti mendapat sambutan yang hangat sehangat filem '2012', 'avatar' dan seumpamanya...


cite cinta balqis yang kat tv3 pun boleh tergugat wa cakap lu..coz cite ni lagi sedih dari tu..lagi banyak persengketahan..banyak porak peranda..banyak adegan ganas..banyak adegan menyayat hati..banyak la adegan tagis menangis..


kepada penonton yg ingin menyaksikan cite ni..terlebih dahulu silalah sedikan tisu seberapa banyak yang boleh..klu takde tisu kain lap pun boleh gak...
kepada mereka yang berumur kurung dari 20 tahun...sila minta bimbingan ibubapa ketika menyaksikan cerita ini...


akhir kata dari pihak penerbit
"jangan biarkan hp ada diselubungi mis kol"
renungkan dah selamat menghayati.....




Sabtu, 16 Januari 2010

Aku yg tak mengerti 2

~Aku bukan seorg teman yg baik utk seorg teman~



teman yang aku maksudkan adalah teman tpi mesra...teman tpi istimewa...heheheh...tgk je pic kat atas ni tentu dah faham kan kan kan... insan yang mendapat tempat di hatiku satu ketika dulu..dan sekarang?????

`jam dah menunjukkan kol 2 pagi...mak ai..lewat tdo...dah la tak sihat..hehhehehe..kang ada yg tau abes aku kena 'cuci' insyaallah...panjang umur aku sambung cerita`


-------------------------------------bersambung--------------------------------------

alhamdulillah...aku masih bernyawa dan berkesempatan utk menerus coretan kat blog aku ni..

erm ni lagi yg aku tak mengerti.. kenapa dan mengapa??? setelah banyak yg aku korban untuknya.. hehehe.. apa yang aku buat semua salah.. tak pernah dia mengakui kesilapan tu datangnya dari dia..adoii geram sangat aku..aku masih lagi mampu bersabar...

selalu je dia tuduh aku dah berubah... mmg la aku akui perubahan... tu pun disebabkan dia..ada ke patut dia lebih selesa tak berhubung ngan aku.. dia tak selesa nak meluahkan apa masalah yg dia hadapi padaku.. kelu lidah aku...kaku seluruh anggota badanku..

dan aku pun ikut je apa kemahuan dia..aku turuti..bila aku bertanya dia akan menjawab "biarlah masa yg menentukannya".... sampai bila harus mengharapkan pada masa.. tanpa dia menyelesaikan apa yang berlaku..

setelah sekian lama aku tak berhubung dengannya..dia muncul tiba2...membuat tuduhan yang aku dah berubah..yg aku tak lagi seperti dulu.. salah aku ke??? tu yang dia pinta dariku.. biarkan dia.. biarkan kami tak berhubung.. bila, aku buat2 tak kisah boleh pulak dia marah..boleh lak dia kata aku tak faham perasaan dia.. ingin je aku ni buat sepakan percuma ke arahnya..wakaka.. takde la sampai camtu..aku jenis tak sampai hati...aku tak baik untuk dia ke?? aku tak mengerti..

dulu bila aku selalu sms, kol, selalu je dia buat tak layan.. dia lebih utamakan kawan dia.. pernah satu hari disebabkan kawan dia memutuskan utk mengakhiri perhubungan kami..hinggakan dia bertanya puas ke hati aku?? buat kat dia macam tu.. sape suruh dia mencabar kesabaran aku.. air tenang jgn disangka takde biawak =))...camtu gak aku..aku lemah jgn sangka aku tak kuat.. tpi alhamdulillah..jodoh kami masih panjang...

tpi dia masih lagi melayan kawan dia tu..kawan pmpuan..pernah gak aku mencadangkan supaya dia kapel dgn pumpuan tu..dah sayang sangat kan.. aku merelakan je..malas nak betegang urat leher nak bertanya itu dan ini.buat sakit tekak aku je..malas nak buat hati ku rasa api cemburu...kang lain pulak yang jadi....bila aku semacam menjauhkan diri...dia datang kepadaku..menagih cinta..aku kesian gak dgn dia tapi apakan daya..aku dah banyak menagisi hubungan kami..bukan aku tak sayang dia..aku masih cintakan dia..tempat dia masih ada kat hati aku..tpi buat masa ni biarlah aku layan ego aku..aku nak tgk sejauh mana ikhlasnya dia mendapatkan cintaku..buat masa ni dia tak pernah putus asa untuk mencari aku..sampai ke fb dia cari aku..siap bagi aku lagu...

hai pujaan hati
apa kabarmu, ku harap kau baik2 saja

pujaan hati
andai kau tahu, ku sangat mencintai dirimu

hai pujaan hati
setiap malam aku berdoa kepada sang tuhan
menharap cintaku jadi kenyataan
agar ku tenang meniti kehidupan

hai pujaan hati
mengapa kau tak membalas cintaku
mengapa engkau abaikan rasaku
ataukah mungkin hatimu membatu
hingga kau tak pernah pedulikan aku
cobalah mengerti keadaanku dan cobalah fahami keinginanku
ku ingin engkau menjadi milikku lengkapi jalan cerita hidupku

pujaan hati pujaan hati


sedih je lagu ni..bila dihayati..apapun thanks my dear... aku tetap akan terus berdiam diri..ego ke aku??? takpe ego masa ni..hampir 2 tahun lebih aku dah cukup bersabar...andai ada jodoh di antara kita..menyepi mcm mna pun aku..kita pasti akan tetap bersama...


~Cinta membuat kita istimewa, rindu membuat kita terbayang, sayang membuat kita bahagia, terluka membuat kita merana... cinta itu sangat indah bila tiada luka dan duka..cinta juga boleh menjadi sesuatu yang menyakitkan~


aku ingin menjadi yang terbaik..sentiasa ingin menjadi yang terbaik di hati org yang aku sayang..kadang2 aku buat salah diluar batas kesedaran aku..andai itu menyakitkan..aku tak pernah lupa untuk memohon sejuta kemaafan...dan aku juga ingin membahagiakan org yang aku sayang.. aku tak mengerti...tak mengerti ke aku??? atau aku yg memang sengaja tak mengerti...


~Andai bertemu sapalah aku, Andai tersilap bimbinglah aku, Andai berduka khabarkan padaku, Andai berpisah kenanglah daku, Andai Khaliq menjemputku ziarahilah pusaraku.~




Aku yg tak mengerti 1

~Aku bukan seorg adik yg baik untuk seorg kakak~


rasanya memiliki seorg kakak memang amat membahagiakan aku.. bukan apa byk2 insan yg ada dalam hidupku aku memang amat sayangkan insan yg bergelar 'kakak'... aku pun tak tau apa sebabnya.. tpi mmg aku lebih suka bermanja dgn kakak.

sekali lagi aku panjatkan syukur kepadaNya.. kerana menganugerahkan aku seorg kakak.. tpi adakah aku adk yg baik utk seorg kakak. selalu je aku akan mengguris hati dan perasaannya.. aku tak sengaja.. tanpa sedar. diluar kawal.. apa yg ku tuturkan terlepas mcm tu je... aku bukan mempunyai kuasa mistik yg boleh membaca hati org. kalau la aku punya kuasa seperti tu sudah tentu aku akan menjaga hatinya..

aku sebagai adik mmg amat nakal..aku akan ter'lakukan' perkara yg buat dia marah tpi percayalah aku bukan sengaja nak lakukannya...sesekali aku nak bermanja dgn dia.. sesekali aku nak disayangi.. diberi perhatian.. ( mcm budak2 pulak =)) ) dapat ke aku???

ya...aku dapat semua tu.. tpi panas yg kusanggakan sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari...mmg la hari nak hujan..sape boleh halang ia turun dari membasahi bumi.. bomoh hujan??? boleh ke dia halang?? ermmm

selama ni setiap masa dan saat...aku akan sentiasa bersama kakak aku.. tak kira dia kat opis ke..kat mne2 pun dia akan ada bersama aku.. tpi disebabkan keterlanjuran kata aku.. timbul persengketahan antara kami.. nak tau tiga hari tiga malam aku menagis menahan sedih... aku sabar je.. ikutkan hati aku yang sedih..ntahla aku tak tau nak buat apa..

aku ni dlm kategori insan yg lemah.. sedaya upaya aku akan buat keadaan tu kembali pulih coz aku puncanya..walaupun bukan aku puncanya.. aku akan buat gak..coz seseorg yg amat aku sayang..aku tak sanggup buat dan lihat dia mcm tu.. tpi aku bukan manusia yg sempurna.. kesilapan dan kesalahan kerap aku lakukan..

segala perbualan kami tdk lagi seperti dulu..aku merasakan ada kelainan.. aku merasakan yg aku tersisih... pernah aku meluahkan perasaan aku..tpi aku dikatakan buat tuduhan.. Ya Allah..salah ke aku bertanya..sungguh aku bukan ingin menuduh.. tpi hati aku merasakan sedemikian rupa.. siapa aku utk menghalang perasaan hati yg seperti itu...

setiap butir bicara yg dituturkan ku tahan dgn sebak di dada..betapa sakitnya menahan sebak.. yg termampu aku lakukan hanya menangis dan terus menangis.. ye la ku nak luahkan dgn sape...satu2nya org tempat aku meluahkan adalah kakak aku.. tpi dah jadi macam ni..adakah dia akan dgr luahan hati aku...??? sah2 aku yg salah..

selama ni aku tak pernah rasa mcm ni.. semuanya indah belaka... tpi semua tu sebelum kejadian tu terjadi..mulut aku ni cabul sikit...mana yang tak boleh tu yang aku nak buat dan cakap.. kadang2 aku merasakan yg aku keterlaluan sangat.. tu pun kesedaran aku dah terlambat..memang takde kesedaran sivik langsung =))..

aku kadang2 hanya nak bergurau..nak bermanja..tpi tak kena dengan keadaan..tak kena dengan tempat.. aku sememangnya amat nakal..bila dia kata tak boleh..aku bolehkan.. tak ke aku mencabar kemarahannya.. tpi tak pernah ke dia berpikir yg aku hanya memain je...klu la aku keudarakan pertnyaan aku pdnya..sah2 dah tentu aku yg kena... taknak la..biar je tanpa jawapan...

Demi menjaga hati dan perasaannya aku berkorban..berkorban ke aku???.adakah org akan tau yg aku telah berkorban.ntahla..perasaan sedih ku buat tak sedih..tpi sedihnya aku saje yg tahu.. mana taknya..aku nak buat icon :( , :(( , :'( pun dia tegur..berdosa ke aku??? padahal masa tu aku mmgla teramat sedih...disebabkan nak jaga perasaan..terpaksala aku tukar icon :D , ;)).... betapa airmata aku menitis teramat laju pada masa tu..

malam tdi aku mmg teramat sedih..."sedih hati sedih sekali" bait2 lirik lagu..ntah apa..lupa la tajuk dia.. semua perbuatan yg aku dah buat kat dia aku ingat kembali..berlegar2 tayangan tu kat minda aku..selama ni aku boleh bermanja..aku boleh minta apa saje..wlupun aku tau tak akan tertunai..bukan aku nak ianya tertunai..kdg2 aku sengaja nak minta..ermm mcm mna aku nak kata erk..tpi aku keterlaluan kot.dan2 tak blh nk minta pape yg tak mampu dia tunaikan...terkedu aku dengar..takpe..tu pun aku dah berjanji takkan minta.. bila aku kata dia lupa nak wish.. aku mengungkit...bukan... aku bukan mengukit..aku hanya nak bergurau..tpi adakah alasan tu bakal diterima..tak habis2 dengan bergurau.. kang dia jawab "semua nu pun gurauan jgk"...tak ke kaku aku dibutnya....semuanya aku dah tak blh lakukan..

bangun je dari tidur lemah semacam je badan aku.. terhuyung hayang aku rasakan..mna taknya..ai dia buat camtu pun aku dah sakit2 mcm ni..apatah lagi kalau dia betul2 meninggalkan aku..takkan aku nak rasa kehilangan kali kedua...taknak aku taknak...klu boleh biarla mereka yg kehilangan aku...itu lebih baik dari aku kehilangan org yg aku syg...kadang2 aku pun terpikir bila aku pergi..mereka bakal kehilangan aku...adakah itu akan buat mereka bahagia..tiada lagi aku untuk menyakiti hati..tiada lagi gurau aku yg blh dijadikan alasan..tiada lagi aku untuk berbuat itu dan ini....tiada lagi aku untuk bermanja.. tiada lagi aku yg suka menyakat....bahagia ke mereka????

~ros nak segalanya kembali seperti sedia kala..back to normal...ros taknak macam ni.ros btl2 tersiksa.i love u so much sis..hanya itu yang mampu ros lafazkan.. maafkan ros. kadang2 perlakuan ros menyakitkan hati..tpi jauh disudut hati ros tak ingin semua tu terjadi.. ros dah sayang ros akan bawa sampai akhir hayat ros..ros buat semua tu hanya nak bergurau..nak perhatian..nakkan belaian kasih syg darimu..nakkan peluk mesra dari seorg insan yang bergelar kakak..hanya itu..menyakiti hatimu jauh sekali..tpi itu gak yg ros lakukan..i'm sorry sis :') ~

Tiada keikhlasan tanpa kejujuran, tiada kemesraan tanpa kasih sayang, tiada pengorbanan tanpa air mata, tiada duka tanpa sengketa dan tiada aku tanpamu :')

Aku yg tak mengerti

aku bukan seorg anak yg baik untuk seorg ibu
aku juga bukan seorg adik yg baik utk seorg kakak...
dan aku bukan seorg teman yg baik untuk seorg teman


aku nak semua tahu yang aku sayangkan org yang aku sayang.. kadang2 aku dapat rasakan yang aku dah disisihkan....bila aku buat salah dan silap sikit je.. sikit ke silap aku...?? ntah la..kadang2 kesilapan yg kita buat tanpa kesedaran kita.. tanpa kita rasa kita bersalah.. sanggup ke kita mengakuinya????


~Aku bukan seorg anak yg baik utk seorg ibu~


bukan aku nak jadi anak derhaka... sesungguhnya aku nak jadi anak yg solehah.. selalu je kesabaran aku diperkotak katikkan... ya Allah kuatkan hambaMu.....diusia macam ni ingin sekali aku merasakan perhatian seorg ibu. cukupla bila dia bertanya "sihat ke?" "sakit makan ubat." ayat macam tu pun aku dah puas hati.. ye ke aku puas ??? aku ni tak leh harap..cakap tak serupa... agak2nya befday aku pun dia dah lupa kan... :P ye la seumur idup tak pernah ada ucapan menghiasai hari indah bagi aku.. tapi aku tak peduli dah.. coz seumur tak pernah dapat.. bila ingat pun mesti kata "dah lepas" wakakaka..bestnyerrrrrrr... klu la ada ucapan utk aku dah tentu aku pelik tahap terkejut sakit jantung =))...


kadang2 bila nak kan sesuatu aku takut dan segan sangat nak cakap... ada lebih baik aku pendamkan... tpi kalau terpaksa aku lebih rela hantar 'sms'... hehehe..teruk kan aku... dulu aku tinggal kat asrama nun jauh di sana.. kwn2 aku tnya "tak rindu ngan ibu ke?" adoila..soalan..nak je aku suap kasut kat mulut dia.. sape la yg tak rindu... tpi memandangkan aku dah biasa.. aku tak peduli sangat.. lagipun aku dah ada "mama"..mama ni kira org yg jaga aku masa kecik lagi.. bukan niat aku nak melupakan ibu aku... takde langsung niat tu..


kadang2 mama datang g hostel melawat aku..kesian mama...bukan aku tak tau dia sakit.. tpi digagahi dirinya utk melawat aku.. supaya aku tak rasa sedih.. betapa besar jasa dan pengorbanan mama.. duit belanja aku tak pernah kering.. wlupun aku bukan lahir dari rahimnya..tpi dia layan aku dgn penuh kasih sayang.. bila bertemu aku.. tak pernah dia tak peluk aku.. mesti dia akan peluk dan bgi kucupan kasih sayang... betapa besar jasa dan pengorbanan mama.... dapat ke aku membalasnya????


ibuku pula yg selama ni melahirkan aku.. walaupun aku tak membesar depan matanya.. tpi jasanya patut aku kenang.. patut aku hargai... tpi kadang2 aku secara tak sengaja terbandingkan dirinya dgn mama.. bukan aku sengaja.. jahat ke aku..andai aku berbuat mcm tu??? aku juga insan yg lemah.. iman aku sering saje goyah.. ya Allah... semoga dgn doa yg aku berikan dpt membalas jasa ibu dan mama...


~ ibu dan mama ampunkan dosa anakmu~


seandainya aku juga punya ayah... adakah aku blh jdi anak yg baik utk seorg ayah??? mesti tak kan.. Ya Allah.. tempatkan dia di kalangan org2 yg beriman..

Rabu, 13 Januari 2010

Aku dan dot dot

Malam ni begitu sebak dan sedih sekali yg ku rasakan. Puncanya ermmmm… salah aku kan…kenapa aku buat camtu..aku lambat menyedarinya.. kan aku yg sedih.. mengalir je air mata ni membasahi pipi. Bukan aku tak halang aku dah sedaya upaya kawal supaya ianya tak mengalir keluar..tapi apakan dayaku.. siapa aku untuk mengawalnya.. ya Allah..berdosa ke aku…


Kenapa??? Kenapa buat..apa yang aku dapat..puas ke hati aku dengan semua itu… tak aku tak puas..malah hati aku tersentap…aku sedih sangat… sesekali aku mengurut dada yg begitu sakit menahan sebak..


Semenjak dia ada belum pernah aku merasakan kesunyian yang teramatlah hebat mcm ni..belum pernah aku merasa tersisih seperti ini.. tapi malam ni aku dah merasakan semua tu.. bukan malam ni..bermula dri matahari memunculkan dirinya lagi. Bukan rasa macam tu je tpi aku dah merasakan kehilangannya. Aku taknak.. taknak..


Apa aku dah buat?? Napa aku begitu bodoh.. bertindak tanpa berfikir..ni la akibatnya. Aku dah minta maaf. Aku dah mengaku salah aku.. aku dah bgtau nape aku jadi camtu.. tpi nape aku tak dgr dri mulut dia yg dia dah memaafkan aku.. ego ke aku?? Atau sebaliknya..


Tersentap jantung dan hati aku bila dia bagi aku ‘list’

1.

2.

3.

4.

Sekian….


Aku tinggalkan ruang tamu dengan tagisan. Walaupun cinta balqis tak abes lagi..aku berlalu mcm tu je..kaku tangan dan jemari aku. Yg lebih parah..aku tak dpt menjawab dan aku tak tau nak jawab camne..


~kepada yg berkenaan ros nak minta ampun dan maaf.. ros tak sengaja nak buat camtu..walaupun ros sedar apa yg ros dah buat.. ros taknak kehilangan.. taknak :'( ~

Selasa, 12 Januari 2010

Janji jgn menangis


~artikel ni aku terima dari kacheh..ntah nape dia bagi aku..tpi sedih dan terharu baca..aku tak nangis coz tak blh nangis bila baca..tpi sedih blh..hehe..~


Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.


Ceritanya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.


Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.


Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.


Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.


Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.


"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"


Dia terkejut dan wajahnya berubah.


"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya


"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"


" Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."


Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......."
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu



Ahad, 10 Januari 2010

Anugerah yg paling berharga

meh meh senam lagi...muuuuuuu moooooo miiiiiiiiiii muuuuuuuuuu...senaman mulut =))

sambung...........

keluar je dari popular...mestila nak balik...yg ni yg aku tak suka..nak balik dah..jam kat tngan aku tu lansung tak leh guna..hampeh..tak gerak rupanya... =)) patutla...sebelum tu beliau ada belikan aku sesuatu..sesuatu ke :-"..ntah la..


dapat 2 potong kek..cheese cake n blueberry cake...setahun aku nk ngidam mamam cake ni..hari ni kacheh tunaikan..makasi kacheh..thanks a lot :*

selesai je bayar parking kat mesin...terkial2 mencari keta..wakaka..kan buta jalan camtu la jadinya..keta parking pun tak tau di mne keberadaannya...sib baik jumpa..klu tak...dok tekan2 alarm je la kan kacheh..kan kan :-"

ku rasakan masa amat cepat berlalu...tak sedar masa dah sampai...dalam keta pun diam je..seperti memula..yg kurasakan hnya kesejukan...menusuk ke tulang temulang ku...arghhh tak suka..aku tak suka keadaan camni..aku nak sentiasa ada dgn dia..tapi tu sesuatu yg mustahil akan berlaku...

perjalanan menuju ke rumah ku rasakan terlalu cepat je...mcm naik helikopter pun ada..bukan bermaksud beliau memecut..tak bukan...masa tu pun jammed..aku rasa tak jammed pun...itula perasaan...berbagai2...bermacam2..payah untuk di tafsir..

sedang aku termenung dan berpikir...suara beliau yg bertnya atas ke bawah...aku tak dgr...dan2 je terlepas simpang nak g rumah...terpaksa u-turn..bknnya dekat..tpi jauh...berkilometer jauhnya...sebenarnya ada lagi simpang blh jalan dan sampai ke rumah aku..tapi aku diam2...bak kata org sambil menyelam minum air...biar la lama2 sikit sampai..wakaka...klu beliau baca tak ke beliau mengamuk....

tpi aku respect dgn kacheh aku ni...sikit pun dia tak pernah nak mengeluh....dalam apa jua keadaan dia bijak mengawal situasi...dia tenang mengawal keadaan..bukan la maksud dia kawal keadaan...bkn dia ada remote control pun nak kawal =))...yg aku maksudkan..dlm apa jua keadaan dia tenang je...dan paling penting dia sentiasa jaga hati aku...

sampai je depan blok aku..sperti memula aku nk masuk...taknak...nak kuar pun taknak...puas aku kata "kacheh,,ros taknak.." taknak taknak..tpi ntah pe dia jawab..lupa dah...dan2 je aku kluar dgn wajah yg cukup sebak...dalam perjalanan sempat gak aku tenung wajah dia melalui side mirror..cukup tenang..dalam aku merenung wajah beliau...tangan aku mengesat air mata yg jatuh ntah bila..

beliau pun ikut sama melangkah keluar...beliau mendekatiku... "kacheh janji kita jumpa lagi k..janji." kata2nya memujuk ku..dgn rasa yg hiba aku memeluk n menyalami tangan..cukup hiba..sedih..dgn langkah yg amat lemah..aku pun memaksa kaki ku memanjat setiap anak tangga..sempat gak aku melambaikan tangan ke arah beliau...

masuk je kat rumah..aku meluru masuk ke bilik menghempaskan badan ku ke lantai......erk =)) silap....ke katil.... :))....tagisan ku semakin menjadi2...:(( beliau memujuk aku..betapa sebak ku rasakan..."masa seronok mmg akan cepat berlalu." tu la kata2 beliau...

aku menangis bukan bermakna aku tak hepi..aku hepi sangat..bahagia...aku dah dianugerahkan seorng kakak yg cukup baik..cukup penyayang..dan hari ni semua tu aku rasakan..bukan sekadar di alam maya.tpi dah jadi kenyataan...yang buat aku terharu...setiap janji yg dilafazkan beliau tunaikan dgn ikhlas...keikhlasan tak muncul dari perkataan..tpi aku dapat rasakan dari hati...

sikap beliau boleh dijadikan contoh...bukan aku nak memuji...tpi realiti...aku bertuah dianugerahkan kacheh sebaik n penyayang seperti beliau...



ni ole2 yg beliau hadiahkan...so sweet...beliau tau aku suka dgn mickey ::love:: cute sangat keychain ni...beliau beli masa bercuti kat hong kong tahun lepas..kan kan..beli tahun lepas...tpi bagi tahun ni..wakaka =)) yeye je aku ni..macam la lama sangat...tahun lepas baru je berlalu...=))


wajah kacheh aku..dgn natang kesayangan ku...hehehe...erm natang ni aku suka sangat..tpi natang yg real.. "mouse" aku geli..bukan geli je aku takut sangat..tpi yg ni dah jadi kaki dua..kaki empat je yg aku takut...

special thanks utk kacheh.....ros nak ucap ribuan terima kasih... ( wah2 macam nak buat penghargaan la pulak ) hehe..hari ni ros gembira sangat ( 9/1/2010 ) ...thanks sis...thanks a lot..thanks many2...thank you so much....kacheh seorg kakak yg cukup baik..penyabar dan penyayang...ada masanya ros sentiasa mengugat kesabaran kacheh...sori 4 anywrongthing sis..i love u so much my lovely sis...


~lumrah alam..setiap yg bermula pasti akan berakhir...setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan...kami berpisah...untuk seketika..tpi perasaan takkan pernah terpisah...lumrah alam juga setiap yg berpisah pasti ada pertemuan..insyaallah....dan aku menunggu saat n detik itu tiba...~


~nice saturday~

hehehe...wakakaka...hahaha..hihihi...sebelum baca apa yg aku nak cite ni..meh buat senaman muka k...

ermm pada satu hari..tak tau la hari ape...hahaha..tak tau nk mula camne ni..sengal je jari2 ni..idea ada nak taip n mgeluarkan buah pikiran tu teramat la payahnya...tahun ni otak aku hang la...aku tak format lagi kot...

benda yg tak diduga n tak terjangka berlaku..meninggalkan kenangan yg sangat indah..seindah sinar pagi...seceria matahari memancarkan cahayanya...Ya Tuhan..cukup indah apa yg dah Kau berikan kepadaku..

semalam hari sabtu ( 9/1/2010)...... menyaksikan pertemuan aku dgn org yg aku nanti-nantikan sejak tahun lepas lagi...IOI menjadi medan saksi pertemuan yg suci murni..dihiasai bibit2 kasih sayang...
( wakaka..merapu je aku ni...cam becinta je..dulik la...teruskan....)

dah lama aku nantikan hari tu tiba...hari2 yg ku lalui ku rasa amat lama berlalu...tiba hari yg aku nantikan..aku tak rasa pape pulak...jam dah menunjukkan kol 11..aku tak mandi lagi..aku tau dia pun tengah keja hari tu..so pe salah lambat2 bersiap...jam menunjukkan kol 12..aku masih lagi tak siap..jgn kata tak siap..mandi pun tak...ish anak dara ni... =))

aku masih sibuk melayan lappy aku...hehehe...sempat gak kami bermsg...dia cam marah je bila aku gtau aku tak mandi lagi...hahaha...aku tak rasakan pape pun...tekejut aku bila melihat jam menunjukkan dah kol 1 pm...hah ter ter ter aku g capai tuala n meluru ke bilik mandi...coz sebelum tu dia dah send msg " ............ nak gerak dah." seakan2 cam tu la msg yg dihantar..

5 missed calls..terpapar kat skrin hp aku.."kat giant dah ni"...tu la ayat dia yg buat perasaan aku dup dup dap dap...dup dap dup dap...uwaaaaaaaaaaaaaa....aku tak sedia lagi...ingatkan sesat ke apa ke tdi...dan dan je hp aku berdering.."kat depan bgunan se#07! dah"...hahaha...timbul perasaan yg luar biasa..mcm taknak turun je..nak tak nak aku turun gak..org dah sampai takkan la aku biar je camtu..

dgn langkah yg lemah..bukan lemah ape..segan, malu, kekok..mcm2 ada...ai..belakang tabir bukan main lagi...mcm2...dah f2f..mcm2 rasa..sampai je kat bawah...dia dah keluar dari keta..telan air liur aku dibuatnya..kaki aku amat payah nak melangkah menuju ke arahnya..."taknak masuk." aku mengatakan hasrat ku..

sedar2 aku dah ada dalam keta..dalam keta dia pulak tu...ku rasa sunyi sepi je keadaan dalam tu..mcm dalam gua.. =)) yg kedengaran cuma lagu dri corong radio RedfM stesen radio kegemarannya.disebabkan perasaan tu aku tak hulur tngan pun salam :'( .hp aku berdering..1 msg :> "senyap je." dalam dia memandu sempat gak dia g menaip msg...adoila bila masa dia pegang hp n taip msg...aku tak perasan pun =))...aku salute dgn dia ni...taip msg fuhhhhh...klu ada abg boroi seragam putih sebelah dia konfom telepas pandang..tak nmpak dia guna hp =))...

hahaha..aku gelak je dalam hati...nk gelak kuat2....kan aku tgh control malu...hehehe...adoila..dah ada tpi dok msg lagi...tak ke pelik tu...nape la dia tak cakap guna mulut....wakakaka..blh la aku jawab guna mulut..ni guna hp..aku pun jawab guna hp gak =))....

sampai je kat IOI...pening kepala...pusing2 cari parking...kapak full je..kuar je dri keta..uwaaaa..kekok...lokasi pertama Pizza..coz mmg awal2 dah plan nak mam pizza..berpusing2 cari pizza...wakakaka...aku bukannya tau sangat nak guide.. =)) kan kan..sib baik tak sesat...coz kat ioi selalu g mcD je...ni nk g pizza..

sampai je kat pizza..aku pun duduk la kat tepi sebelah dia...=)) siap tgkap2 gmbar lagi..malu aku :"> kekok la...dia suap aku...malu2 aku nak buka mulut..ye la tak sangka dia tunaikan janji dia..ntah bila masa yg malu n kekok tu hilang..bila masanya aku sentuh dia pun aku tak tau.bila masa aku landing kat bahu dia pun aku tak tau.bukan sentuh je..siap cubit2 tngan dia lagi..satu tabiat yg aku tak blh buang..bila geram aku suka cubit manja tangan org...tak la cubit kuat2..pelan2 je...hehe...

sib baik la dia tak bebel..tgk aku tak makan..maybe la dia taknak aku sedih kot dgn bebelan n ceramah dri dia...pape pun dia mmg cool..... :D


ni la pic kenangan yg menghiasai hari tu..haha..dia yg aku maksudkan tak lain tak bukan "kacheh" dia juga la "beliau" yg aku maksudkan....


selesai je aku menghabiskan semua hidangan kat atas meja ( ye ke aku yg habiskan...ye la...dia bukan nak makan pun..malas sgt nak makan)....wakakaka =)) pastu kami g kedai cd..ntahla apa kacheh aku ni nak buat kat sana..beli cd ke :-"..tak beli pon :))

sedar2 je aku begitu rapat ngan dia..tak rasa pun yg aku ni org luar..tak rasa aku ni terasing..bukan mcm 1st2 tdi...hehehe...indah sangat anugerah yg Tuhan dah berikan...terpikir gak bila dia tinggalkan aku..aku camne..pernah sehari tu dia ugut..klu aku tak tunaikan janji aku dia nak tinggalkan aku..menangis aku masa tu...ye la..sape nk kehilangan...takde 1 org manusia pun nk rasa camtu...

lokasi seterusnya kat popular...cari novel...nk beli 10 buah konon..1 pun takde berkenan..tpi 2 main beli tutup mata je...hehehe...masa nak bayar novel tu..dan2 je beliau g ke satu tempat... L>O>L>I>P>O>P.......lolipop..aku perhatikan je gelagat beliau..1,2,3,4,5,6,7,8,9,10.....mak ai...betul2 la dia tunaikan janji dia..dia beliakan 10 batang lolipop chupa chups..nak menjerit aku..kang kencing manis lak aku ni.. =)) nape la aku tak minta 100 batang...nak ke dia tunaikan.. =)) hahaha...

1,2,3,4,5,6,7,8...ada 8 je...yg 2 lagi dah masuk mulut...hehehe :P

haha..ni je yg dapat..tak tau best ke tak...belasah je :P

~bersambung....~

Khamis, 7 Januari 2010

Segmen mari belajar :D


Why English is important for Science and Maths


Globally everyone uses the language as information or technology language at this moment. How dangerous it is if we're trying to use in Bahasa Melayu, especially in school.


See example below:


Hardware = barangkeras

Software = baranglembut

Joystick = batang gembira

Plug and Play = cucuk dan main

Port = lubang

Server = pelayan

Client = pelanggan


Try translating this:



ENGLISH: "That server gives a plug-and-play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client".


BAHASA: "Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan".


Now you know why English is important for Science and Maths...



=)) wakakaka...sekadar nk jadikan hiburan..jgn marah k



Sad Story :'(

p/s --> sila sediakan tisu seberapa banyak yg boleh..


"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Lia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Lia lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Lia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni
abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya
tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat
jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan
isterinya, Lia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata
dalam hati.

Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Lia terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."


"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Lia takut." Lia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Lia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Lia tengok abang motong dia aaa...." Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.

"Lia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Lia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak? Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Lia menyoal emaknya. Lia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Lia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.

"Macamana dengan suami Lia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.


PANGGG!!. Kepala Lia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Lia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, belajar pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Lia tersengih keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! "

hahahahaha.......




cimpanzi oooooo cimpanzi

Figthing................tahun baru ni aku nak ajar korang2 semua cara2 nak bergaduh... kalau pmpuan gaduh cara ayu je... takyah la main tarik2 rambut ke apa.. guna je mulut..wakaka =))...jangan..tak baik gaduh2 ni.. boleh merosakkan hati..bukan hati je rosak iman pun turut sama tercalar...(klu lelaki lantak la nk gaduh cara camne..ikut korang la...)

apa rasanya bila org yg kita anggap kawan n lebih dari kawan...buat hati kita sakit...?? bukan sakit hati je gegendang telinga n cuping2 telinga ni pun sakit mendengar kata2 yg dia lontarkan..lubang hidung pun turut sakit menahan sesak n sebak di dada... =)) wakakak...

makhluk di dunia ni bermacam2 jenis...manusia nama je ada hati n perasaan...kata org "rambut sama itam hati lain2"...btl ke?? tpi zaman sekarang rambut dah bermacam kaler..org rambut kaler2 ni rasanya lebih baik dri rambut itam....
tpi ntahlah la dimana letaknya hati n perasaan tu..dimana nilai harga kawan dimata mereka...

ai..macam2 la..sampai aku nak menggerakkan jari2 aku ni untuk menaip pun teramat la susahnya..bukan susah apa...aku no idea nk mereka cerita..oppssssss bukan reka cerita..tpi ni mmg kisah benar...penuh kesedihan kot...bakal menyaksikan ketewasan "cimpanzi"...

cimpanzi ooo cimpanzi...tajuk cimpanzi tpi pic kucing..tak ke pelik tu...aku ni kot yg tak betul agaknya...bukan aku tak kenal cimpanzi..tpi tak jumpa pun pic cimpanzi tu..yg aku jumpa ni je..kiut gak kan...

kuat sangat ke "cimpanzi" ni???? suka sangat jaja cite org...kaya dah kot dia..dapat untung berlipat kali ganda...rasa berdosa lak aku ni gelar org cimpanzi..bukan aku nk gelar..kang aku taip nama dia tak sedap pulak...biarla dalam panas2 camni dijadikan gurauan..dia bukan baca pun blog..kalau dia baca lagi la bagus..boleh la aku isytiharkan perang...

sebabkan bahasa rosak iman yg ada...disebabkan bahasa dia sesedap rasa buat tindakan..suka suki dia je...dah pandai sangat la tu...semua bahasa dia reti..tu la jadi camtu..ai ni la manusia..hati batu betul.. "usia mematangkan kita" ye ke...tpi nape cara dia befikir cam budak taski je...cam budak2 je..ai kesian..kesian...kesian....

dah la buat tindakan tanpa pikirkan perasaan org...pastu siap menjaja lagi...siap buat ayat berkias2 lagi...cantik sangat perangai dia kan...ayat dia yg gunakan power gila.. "a..... k#@$^"...amboi camtu ciri2 seorg yg dah berusia menunjukkan contoh dan teladan yg baik...ingat..setiap manusia ada tahap kesabaran...sampai satu tahap akan meledak gak...ibarat gunung berapi...

cukupla sampai disini aku cite..dgn2 aku dapat dosa nanti....


~moga kesabaran sentiasa mengiringimu...~

Rabu, 6 Januari 2010

Love Is cInta

Apa itu Cinta??

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya?


Sifat Cinta

Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.


Cinta Wujud Sejak Dilahirkan

Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.


Cinta Bersedia

Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.


Cinta Itu Indah

Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.


Cinta Itu Mengharap Balasan

Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.


Cinta Itu Menakluki

Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk

dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.


Cinta Itu Mengetahui

Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut

dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.


Cinta Itu Hidup

Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat

cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.


Cinta Itu Suci

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.


Cinta Itu Mempesona

Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan

bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.


Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.


Apakah itu Bukti Cinta?

Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?


Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.


Sumber: Azdriana