Isnin, 28 Disember 2009

peace :)


~nothing to display~

...........wish u all happy new year................
sayonara..............arigato........

Ahad, 27 Disember 2009

Takde keja Cari keja.

Boring.....bosan.....arghhhhhh..tak tau nak buat apa...kebosanan di tahap maksima...rasa sunyi dan sepi...erm....saat ni rasa nak ditemani oleh seseorg yg aku nantikan kepulangannya..tpi??? ntah la rasa jauh je...takpe2..biar bermain perasaan tpi jgn sesekali sakitkan hati n perasaan orang..hehe..hp aku senyap je..takde bunyi langsung..memang la takde bunyi dah aku silentkan camne la nak bunyi...lagipun bukan ada sape2 yg cari aku..sekejap aku off..tak puas hati aku on kan semula..pastu aku offline..dan akhir sekali aku silentkan...hahaha..puas hati aku...sebut pasal hp ni...aku terpikir nak buat sesuatu kat blog aku ni...dapat idea..disebabkan kebosanan ditahap gaban..ni la hasil yg aku dapat.........................

"hP yg pernah aku gunakan"

ni hp yg mula2 sekali aku guna..hp 3310.. panggilan lebih mesra 33ten...hehehe..aku start guna pakai hp ni masa tingkatan kot..tak ingat tingkatan berapa..masa tu topup takde yg harga rm5, rm 10..yg ada rm30..wow..mama aku la yg tersiksa batin..terpaksa topupkan hp aku...
"than
ks ma" hp kedua menghiasai medan perhubungan aku..tak tau hp model apa ni..lupa..rasanya sekejap je aku guna dah hilang..Hp 33ten aku masa tu dah lemas dalam air..hehe..
lepas je hilang hp aku tu..lama gak aku tak berhp...dan2 aku dapat c cute butterfly...suka2...masa tu kalau tak silap masa form 5 kot selepas SPM...
masuk je IPT aku beli hp ni..bukan aku nak beli..dah mama aku kata ni lawa...hp aku yg kat atas tu dah aku jual harga rm100..hehehe..org nak beli aku jual la...

disebabkan aku tak suka hp tu..besar sangat..tak muat nk genggam...aku pun tukar dgn hp yg ni..hah yg ni aku tau model dia..nokia 6030..ok la..blh dgr radio...masa 2 mama tak tau aku tukar hp..dan2 je dia tau..tpi dia tak marah...

aku berkenan lak dgn hp motorola ni..so secara automatik ni la hp 1st yg aku pakai guna memori card...bestnya hp ni...erm kita blh set ringtone sms utk org.berbeza2..so bila dgr bunyi hp je dah blh tau sape yg sms...masa tu aku becinta guna hp ni la..wakakaka..hp nokia 6030 tu masih ada dgn aku..kadang2 ada 'org' pinjam..aku pun baik hati bagi je la pinjam..

bosan guna hp motorola..aku beralih angin guna hp ni..i mobile..tak best gak guna hp ni...memboringkan..

aku beralih guna hp ni..seperti biasa la keja aku..tukar menukar..aku suka guna hp ni...
ntah mengapa aku termakan pujuk rayu dan hasutan "nini & ain"..diorg suh aku guna hp yg sama mcm diorg..aku kata taknak...tpi ai hasutan mereka melemahkan aku..dan2 je aku pejam mata g beli hp ni..hp aku kat atas tu mmg aku sayang..tpi kawan aku nak beli..tawar menawar berlaku...aku pun bagi je la..lagipun buat pe nak guna hp banyak2..

sayangnya hp tu tak kekal lama mr.A dah menjahanamkan hp aku tu...ada ke patut g baling hp aku tu..terkejut aku dgn tindakan spontannya.suka hati dia je baling hp aku..abes berkecai.dia ganti hp aku dgn hp sony..tapi guna duit aku..hehehe..

n70........aku pernah guna gak..tak sampai sebulan pun...kan hp org kenala pulangkan..hp Mr.A...dia guna hp aku..aku guna hp dia..


yg ni pun hp kepunyaan Mr.A......tpi dah jadi milik aku..now masih kekal bersama dgn aku...

dan c cute pink ni la yg sentiasa menemani aku...aku suka hp ni...hp ni la paling lama bersama dgn aku..hp sony aku tukar dgn hp ni...cute..pink kaler..dah la cute kecik molek mcm tuan dia...
nokia 6120c....


hahaha............puas hati aku.dah ada org yg menemani aku disaat ini..wah best.."ngantuk" ayat yg terukir di skrin hp aku..sape lagi yg send mcm ni if bukan beliau..tapi aku buat tak tau je..takde bezanya klu aku jawab pun..ngantuk ni tergolong dalam tindakan luar kawal..so tak leh nak halang....

erm memang aku ni jenis yg tak pernah puas...bukan aku je mana2 makhluk yg bergelar manusia pun tak pernah puas dgn apa yg yg dah dimiliki... dalam hidup ni kita mesti sentiasa nakkan yg terbaik utk diri kita..walaupun dah dapat yg terbaik tetap tak puas.bukan mudah nak puaskan hati kita..apatah lagi puaskan hati org lain..tpi jgn lupa sentiasa mengucapkan syukur pd Pencipta kita...........syukur alhamdulillah....................









Sabtu, 26 Disember 2009

~Headache :'( ~

"hujan yang turun bagaikan mutiara" bait2 lagu Allahyarham sudirman menemaniku pada hari ni..nape?? menangis lagi ke?? bukan la..airmata aku tak selebat hujan..hehe..tpi hari ni seharian aku bermain hujan.. dalam masa yang sama gak kilat, petir, guruh, semuanya berbunyi rancak..dummmmmmmm tekejut aku dibuatnya..nak menangis pun ada..aku mmg takut pada bunyi tu..rasanya nak je aku masuk dalam almari...dummmmmmmmm sekali lagi...sedar2 je aku rasa dh ada air yg mengalir dipipi ku..bukan air mata..tpi air hujan.hehe..tak la aku nak nangis..malu bila aku didampingi org2 yg aku tak kenal...tangan menutup telinga....dgn tindakan rifleks yg begitu pantas..dan aku teringat kata2 nenek aku "jgn tutup telinga masa ada bunyi mcm tu nanti pekak"...betul ke?? aku pun tak tau teori mna la yg nenek aku guna tu..hanya nak menakut2kan aku kot..granny :') ( moga dia ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..aminnnnn )

pagi ni aku bangun awal..ada urusan penting ( urusan seri paduka baginda) hehe... selesai je mandi n bersiap2 aku mengambil hpku.. "gud morning, :* "..aku menghantar msg yg aku taip kepada beliau.. tapi dia tak balas..

lama aku tunggu..sedar2 je aku menerima sms dri beliau...wah gembira tak terkata..dari semalam aku rindukan dia.. :'( ... "penerbangan delay" tu la yg buat aku sedih.......dah la rindu semakin menebal.. :'(


lepas je urusan aku selesai...pulak dh...belajar drive..ni yg aku malas ni..tak suka..setiap kali aku belajar setiap tu gak air mata aku mengalir...mcm aku ni dok belajar cara2 mengeluarkan air mata je..bukan belajar memandu..apa taknya..disebabkan fobia terketar2 aku nak buat apa yg cikgu tu suruh...mengeleng2 kepala cikgu yg ku panggil "abg" tgk gelagat aku ( bertuah ckg tu tau.bukan senang aku nk hormat org lbh2 lagi lelaki pnggil mcm tu..selalu direct 2 the point tak pun woi2 ) .."manja sangat" katanya acuh tak acuh..aku mencebik..seperti biasa..lokasi "Bangi".......dah la ujan..aku pun turut sama bermain hujan..basah kuyup aku..bukan keta tu tak dah bumbung..dah aku gatal nak kuar dari keta..tu la hadiah yg aku dapat..padan muka...mengigil badan aku menahan sejuk..


hampir kol 6 baru aku sampai rumah..ku rasa denyutan di kepala ku dah bermain bagaikan sebuah pesta ketuk mengetuk......sakit sangat..aku pun seperti biasa mengadu dgn beliau..automatik dah terbiasa..nk tak nk ngadu je la..

"dah nak berlepas ni, dlm 1/2 jam lagi.sampai kol 2am, ros tido la k, mam ubat k, take care :*" mati2 aku ingat beliau dah bertolak..pape pun moga selamat sampai..tak sabar nak melepaskan rindu kat dia..uwaaaaaaaaa miss u so much..sedar tak sedar air mata ku mengalir lagi..ntah berapa liter dah air mata ni mengalir semenjak minggu ni..kalau aku tadah kat baldi dah penuh kot..

semalam, dek kerana rasa sakit hati aku mengadu gak rasa tak puas hati aku.. ingat nak tunggu masa beliau balik sini..dah dia bagi 'green light' apa lagi reda je la...aku pun menceritakan dari A-Y....??/ Z takde...cite tak abes lagi..

saat ni beban kat kepala ku rasakan bertambah...berdenyut2 tak sudah2...nak je aku hantukkan kepala ni kat dinding..tpi :-ss kang sakit bertambah sakit..taknak aku..

~ujian akan datang tanpa kita minta, tpi ingat la, tu tanda Allah masih sayangkan kita~


Jumaat, 25 Disember 2009

Boring Vs Lolipop


Boring...ayat ni je yg muncul dalam mulut dan hati aku. memang aku boring gila. sejak bangun pagi tadi mood aku terasa hilang. nak buat apa pun tak blh. terasa otot-otot ni sengal je..hurm..
.................................................................
.........................................
.........
mood nak menaip or mengarang cerita pun takde..nak tak nak terpaksa la aku membuat dot..dot..dot..

~keboringan, kebosanan~

Hp aku berdering.......... "cepat siap, nak g kuar..tunggu kat bawah.umi otw ni.." ayat tu la yg aku dgr menghiasai rongga2 telinga..selesai je sagala urusan..aku pun g la Bintang..dan2 aku dapat lolipop..wau best2..senyuman manis aku mengalahkan kemanisan lolipop tu..
haha..suka2...kebetulan time tu aku tgh layan novel gadis lolipop...bertambah semangat aku membacanya...

teringat tentang kisah lolipop n coklat

---------------------------------------------------------------------

coklat : lolipop saya beruntung sebab dpt kwn yg manis spt awak.
wajahmu yg manis, pipimu yg manis, semuanya manis.

Lolipop : ( hanya tersenyum mendengar pujian coklat )

coklat : tp cuma ada yg kurang dgn awk..

Lolipop : apa dia??

coklat : senyuman awak tak semanis org yg tengah menaip cite kita ni kat blog dia..tengok dia tengah senyum manis sangat.. :)

hahaha...perasan je aku ni..tapi betul apa..pape pun keboringan vs lolipop...keboringan buat aku jadi gila..tp lolipop blh buat aku tersenyum... ;))

~hiasai hari2 mu dgn senyuman~

>>Marriage Proposal<<


Sedang aku asyik melayan kartun kesukaan aku, tak lain tak bukan upin ipin di tv9..tiba2 kedengaran seperti ada org memberikan salam.aku buat tak tau je dengan kehadiran tetamu tersebut."peduli la bukan tetamu aku pun" hatiku berkata2.dek keasyikan tgk gelagat upin dan ipin.sedar tak sedar mama segera meluru keluar dgn muka mencebik ke arah aku."ish anak dara ni.dok layan tv je keja dia" bebelan mama sampai ke penghujungnya dek terkejut bila melihat tetamu yg tak diundang dalam satu rombongan muncul di muka pintu.aku menoleh sejenak kepada tetamu tu.

Aku mengalih tempat duduk ku ke meja makan.mata aku hanya tertumpu dikaca tv.sambil remote masih tetap kukuh dalam genggama
n aku.aku merasakan ada tetamu yg memerhatikan gelagat ku.aku buat tak tau je.coz rancangan kat tv lebih menarik perhatian.

setiap bait kata yang dituturkan aku dengar dengan jelas."kami datang sini berhajat".kata lelaki yg mengetuai rombongan tersebut.aku lihat mama terkebil2 menangkap makna yang tersirat pada ayat tu."kami nak meminang anak puan".sambung lelaki itu lagi."anak?" soal mama."anak dara saya ada tu ha" sambil menunding jari telunjuknya ke arah ku.

"Hah yang tu la.untuk anak lelaki saya".jawab lelaki tersebut.terkejut my heart bukan aku je terkejut mama pun sama..menyirap darah aku.cepat2 aku masuk ke bilik.terkejut dan malu datang menerpa."uish anak dia sape.aku pun tak kenal.tiba2 je nak meminang".kataku dalam hati.

ketukan demi ketukan di pintu bilik membuatkan aku terkejut sekali lagi."mama".soalku.mama duduk disebelahku."ros taknak.tak sedia lagi.muda lagi la.pikiran pun tak matang lagi.masih keanak-anakkan".aku meluahkan rasa ta
k puas hatiku.mama diam tanda mengerti.

'maafkan aku menduakan cintamu..........................."deringan dari hp ku menyedarkan aku dari mimpi...........wakakakaka bermimpi rupanya aku.adoi tergelak aku menahan lucu mengingatkan mimpi tu.sedar2 je aku berada dalam bilik kat rumah family aku.bukan kat rumah 'mama'..mama yg aku maksudkan bukan mak kandung aku.tpi mama yg dah menjaga aku sejak dari kecil lagi dan kini mama berada jauh nun di negeri org.

"slmt pg cyg..dah bgn? sihat? jap lg nak kluar..ros take care k.pape msg k.miss n love u mucuk2" msg ni la yg menyedarkan aku dari
terus bermimpi.menyedarkan aku akan kebenaran.menyedarkan aku agar terus tabah melalui setiap hari.aku tersenyum sorg2.dalam hati aku berkata klu aku cerita mimpi aku pada beliau apa respon beliau ye.mesti gelak sakan seperti disampuk dek jin.biar je la dia baca kat sini.

aku tak menyangka akan bermimpi seperti tu.benarla kata org mimpi tu mainan tido.macam2 boleh muncul..mimpi dipatuk ular pun dah aku alami.mimpi sedih,ketawa.semua dah aku rasa..mimpi hantu je aku tak pernah..jangan malam ni muncul dah la.

Tersenyum2 aku bila memikirkan yg aku akan melakarkan mimpi aku kat dalam blog ni...menjadi satu cerita..setelah berjam2 aku merenung lappy aku yg cute ni.akhirnya dapat gak aku mengerakkan jari2 aku menaip setiap baris kata yang terlintas dalam fikiran aku..sepanjang hari ni aku hanya menghabiskan masa membaca novel.sampai tak sedar hari dah petang.tu la yang aku nak.nak masa berlalu dengan cepat..


semalam adalah sejarah, hari ni bakal menjadi kenangan dan hari esok adalah sesuatu yang tak pasti........ ^.^


Rabu, 23 Disember 2009

The day b'fore tomorrow


Rindu dan sedih tak boleh dipisahkan...bila ada rindu sedih pun turut serta bermain dalam perasaan.. begitu juga sebaliknya.. rindu masih datang menerpa di lubuk hatiku.walaupun pun tak diundang kehadirannya tetap ada..tanpa segan silu menerpa diriku lagi...masuk ni dah 5 mesej yg aku terima kat hp aku.. pantang hp aku berdering laju je aku mencapai dan membacanya..tapi hampeh semua msg tu datangnya dari 'tuan rumah' sape lagi klu bukan maxis.. rajin sangat dia hantar msg kat aku.. macam tau2 je yg aku tengah menantikan seseorang..

Pagi tadi aku menerima msg dari beliau.. dengan mata yang cukup layu dan kuyu ku baca isi kandungan msg tersebut.. "selamat pagi cyg".. hehe..amik ko...dek kerana msg tu mataku yg kuyu tetiba membutam besar (btl ke ayat aku tu)..membonjol keluar je tak... tersenyum2 aku membacanya.. selesai je membalas msg tersebut aku yg mula keboringan tak tau nak buat pe mencapai novel pemberian beliau. aku selak2 je novel tu..tapi tak dibaca.. mood utk mebaca takde..lagipun aku tak basuh muka lagi..hehe..

aku renung siling kat bilik ku..kot2 la nak runtuh menghempap aku..tak ke naya..adehh..renungan ku beralih kepada kipas yg berpusing menjalankan tugasnya tanpa henti 24 jam sehari. 7 kali seminggu, 30 hari sebulan, 365 hari setahun dan hanya akan berehat bila aku tak berada kat dalam bilik je.."kebal sangat kipas ni..tak henti2 menghulurkan tenaganya untukku..kalaula dia tak berfungsi tak lena hidup aku"...begitu la aku..bermanalog lagi..

sedar tak sedar aku terlena semula..bangun2 je dah kol 10.30 pagi..mak ai..terkejut aku..lewat benar aku bangun hari ni.. terlintas di ruangan fikiran mengenangkan apa yg aku lakukan malam tadi.. seperti gambaran drama kat tv..otak ku mula ligat berfungsi mengingati sesuatu....
Malam tadi aku g dataran skodeng 'kapel' yg tgh menjalankan operasi berasmaradana..bukan niat aku g sana nak skodeng..tpi dah terskodeng...perghhhh tercuci mata aku..dan2 je aku dah dapat dosa malam tadi..bukan aku nak tengok 'kapal malam'
( couple) memang dah mereka parking depan mata aku.ye ke?? ke aku yg g park dekat dengan diorg..hehe..secara tak langsungla ter ter la..banyak betul benda yg berlaku tanpa aku buat dengan sengaja malam tadi..

Tergeleng2 kepala aku melihat aksi kapal2 malam yg tengah belayar.nasib baik takde ombak kalau tak kapal2 tu dah karam kot..kalau aku bawa tok imam sure ada yg kawen free malam tadi..hehehe..jangan salah faham masa tu aku g dataran dgn family aku..nak dating jauh sekali..lagipun nak ajak sape dating dgn aku..almaklumla..shhh...aku g dataran selepas menjamah makanan kat kg.Baru..Dua pinggan nasi aku bantai malam tadi..mau tak terhenjut2 aku berjalan disebabkan kekenyangan yg melampau..tak pernah aku makan dalam kuantiti yg macam tu.."1st nite in my life" ..aku gelak dalam hati..dalam masa yg sama gak hp cute aku berdering..1 new msg..tanpa membuang waktu aku terus membaca msg tersebut..

Mesej dari beliau.. "wah bagus2 makan byk..tq ros..bestnya dpt cuci mata..nk tdo dh lampu dah padam..................................nanti ros tido nyenyak2 ye..ingat mam ubat sekali k..nite n sweet dream cyg..take care... :*"..ada ayat2 yg tak blh dipamerkan..hehe 'secret recipe' tu la ada dot dot....

Sampai je kat umah aku terus menghumbankan tubuh ku kat katil..rasa letih je..masa tu aku belum mandi lagi..teragak2 aku nak mandi..nak mandi ke tak..nak mandi ke tak..ayat tu je terucap kat bibir aku..aku ni tak leh mandi lewat sangat..kang sakit aku yang tesiksa zahir dan batin :P..masa tu dah pukul 10 lebih malam..cepat2 aku meluru ke bilik mandi..takut akan kemarahan 'singa'...selesai je aku mandi hp ku berdering dgn kuat menandakan ada panggilan..dgn langkah seribu ( tak la seribu langkah 5-7 langkah je..bilik mandi depan bilik tido aku) aku mendapatkan hp ku..bila aku nak tekan butang hijau..tuttttt...tutt...talian dimatikan..terkebil2 aku..

secepat kilat dan sepantasnya aku menghantar sms kepada pemanggil tadi..risau takut ada pape yg penting..maklumla pemanggil tu org penting bagi aku..sah memang ada hal penting..erm aku sengaja rahsiakan sape pemanggil tu..biarla jadi mcm 'secret recipe'.nk buat sesiapa yg baca suspen...kepada pemanggil tu "ros nak minta maaf sangat2...bukan niat nak berahsia..tp ros tersepit diantara dua pihak.disebabkan ros dah berjanji takkan menceritakannya."

Nada dering 'demi waktu' dari hp aku mengejutkan lamunan aku..ada sms masuk..pengirim dari 'tuan rumah'..wajah ku mencebik masam.tpi masam2 pun masih ada senyuman yg terukir...hari ni hanya kerinduan yg datang menerpa..sekejap2 ada titisan airmata jatuh membasahi pipiku yg halus mulus.. ( perasan je aku ni =)) )....Betapa aku tak boleh berjauhan dgn beliau..dah terbiasa setiap hari2 ku akan ditemani oleh beliau..aku amat rindukan dia :( ..tak abes2 aku menghitung hari..khamis, jumaat.......... 'day after day' yahuuu ada beberapa hari lagi..sabar2..
moga beliau happy2 je kat sana.. miss u so much..apa yg ada kat hati aku ni terluah pada lagu Where'd you go nyanyian Fort minor..lagu ni aku dedicatekn utk beliau.......... (T.T)


video

Selasa, 22 Disember 2009

-silent off, vibrate on-

Bermula lagi sebuah kisah..... kisah yg bakal aku coretkan.. tak sedih tak hepi.. tapi sengaja aku lakarkan kat sini.. hari ni sunyi n sepi je kurasakan.. tak seperti hari2 ku yg lain.. tak seperti selalu.. hari ni awal pagi aku dah bangun nak tido pun tak dapat nak lelap dah.. disebabkan kesakitan kat perut.. tu yg membuatkan aku terjaga awal pada hari ni..

sempat lagi aku membelek hpku yg cute ...ada msg yg malam tadi tak dibaca.. "hehe..ros2" begitula bunyi msg tu..pengirim dia sudah pasti la aku tau.. sape lagi yg menjadi 'peminat setia' aku ni kalau bukan beliau..hehehe.. sah ni msg malam tdi.. dah la tdo mcm tu je.. tak bgtau pun..aku bermanalog sendiri.. semalam aku gaduh lagi dgn beliau..

salah aku la..msg lambat masuk aku g marah.. dan2 jew dapat lagi aku ceramah malam dari beliau.. saat tu jugala air jernih ni mengalir keluar.. ntah murah sangat nk keluar.. tak boleh kot kalau tak keluar.. pantang ada kata2 yg buat hati aku terusik..mula la nk mengalir.. "mucuk2 marah ke?" pertanyaan beliau begitu menusuk ke kalbu..dgn linangan airmata yg masih berbaki aku segera menjawab.."tak marah cuma sedih n sebak je".

"kadang2 kebenaran tu amat menyakitkan..tp nak taknak kita terpaksa hadapinya..coz memang itu kebenaran.. tpi kita masih mampu mengubahnya"....rasanya ni la ayat yg aku bagi kat beliau..tak la mcm ni 100% ..kat sini aku edit2 supaya menjadi ayat yg power.hehehe.. sedar tak sedar aku pun tertido menunggu msg aku tak direply..aku dah dpt agak org disana mesti dah tdo..

"aik? sakit perut? ngape? salah makan? selamat pagi sygku" sedar2 je beliau membalas msg aku..risau sangat dia bila aku ngadu aku sakit..sampai suruh aku g sapu minyak, mam ubat, buat air milo..tpi aku dgn sikit degil masih menguasai diriku..ku buat tak endah je suruhan beliau tu..bermacam alasan yg aku bagi..begitula sikap beliau..macam2 dia akan suruh aku buat..

"dah ada kat mna?" tnyaku inginkan kepastian..sepanjang pagi tu kami hnya bersembang melalui sistem pesanan ringkas ( sms )... sempat jugak aku menyakat beliau..wahhh dia awal2 pagi lagi dah menegur.."cari pasal ke??" aku jawab "taklah sayang je"...sedar2 dah pukul 8 lbh waktu malaysia.. erm dh nk berlepas :( moga selamat sampai n kembali..doaku dalam hati..

aku bngun n melangkah ke bilik mandi dgn langkah yg sangat berat seperti ada beban sepuluh tan melekat kat kaki..semua yg aku buat hari ni serba tak kena..ketuk paku aku terketuk jari aku..uwaaa sakit..tpi aku tak ngadu dgn beliau..semuanya aku buat sendiri..aku g sapu ubat cepat2..coz dia dah pesan aku mesti jaga diri..klu sakit g makan ubat..dah aku dah berjanji akan melakukan suruhan tu..

sedar tak sedar dah pukul 1 pm waktu malaysia..hp ku berdering menandakan ada sms yg masuk..dgn penuh semangatnya aku membuka..bila aku baca......hampehhhh...dari maxis..sementara menunggu hp aku berdering lagi aku terlelap akibat keboringan yg melampau..bangun dari tdo je 1 new msg..aku pun membaca msg..wah senyuman ku sampai ke telinga..Alhamdulillah...dah sampai n blh send sms walaupun mahal....

org kata bila seseorg yg kita syg jauh dari kita..barula kita akan rasa menghargai, mencari n rasa kehilangan...bila ada depan mata semua tu takde..asyik nak bergaduh je..aku mengakuinya..perasaan tu la yg aku alami sekarang..







Isnin, 21 Disember 2009

DIari SemaLam

Semalam aku g jalan2..dah diajak ikut je la..kang tak ikut kena marah lak..lagipun beliau gak yg menyuruh aku ikut "gi la jln2 takde la terperap kat umah je"..nak taknak aku g la jugak.. motif utama aku nak jalan nak g cari novel.. aku ni terlalu suka baca novel.. lebih berkaitan dgn cinta..wakaka.. bukan apa nk mengisi masa lapang katakan.. n nak cari maklumat yg berguna.. bila kita banyak membaca banyak pengetahuan yg kita akan dapat.. terutama yg kita tak tau.. walaupun hanya baca novel tpi bertambah gak pengetahuan aku ni sikit.. org kata sikit2 lama2 jadi bukit... aku pelik gak dgn pepatah ni.. erm nape kaitkan dgn bukit erk.. nape tak tak sikit2 lama2 jadi banyak...??? hehe pandai2 je aku ni.. dah menda tu wujud sejak aku dah lahir lagi.. takkan nk ubah..ibarat nk mengubah benda yg dah terjadi...

ish ish melalut lagi.. aku pun g la Alamanda.. kecewa sangat la aku.. ingatkan g IOI.. klu dpt g sana sah2 aku dah lepak n menghabiskan masa aku kat sana.. Ku rasa kereta bergerak dgn perlahan.. lambat sangat sampai.. kalau aku jalan guna kaki ntah2 dah sampai ceh perasaan.. aku tak kisah keadaan kat jalan raya pada masa tu coz matlamat aku cuma 1 nak cepat sampai n g cari kedai buku.. dalam masa yg sama hp ku yg cute sentiasa melekat kat tngan aku.. biasala ada beliau kan..wakaka.. mcm bercinta la...

erm aku ingat2 lupa la apa yg aku borakkan dgn beliau.. tpi yg pasti aku sempat memarahi beliau di atas kertelanjuran kata..hahaha.. sape suruh cari pasal.. selalu aku je kena marah.. tpi semalam kan beliau dah kena marah... geram sangat aku.. dah aku kata jangan cakap benda yg aku taknak dengar tpi degil gak.. maybe sikap kami ni 2x5 je.. cuma dia tak mengakuinya.. ye ke.. ntah la.. nanti aku nak tnya kat beliau.. tak pun biar je la dia baca semua ni pastu jawab..

sampai je kat alamanda........ aduhai "kapak" lak full...pening lagi kepala aku...
akhirnya dapat gak tempat..(mcm aku je yg drive) kalau tak n
k je g bumbung park kat sana.. sedar tak sedar aku dah mengajar ayat baru pd beliau.. erm "kapak???" kapak = car park....

Program utama nak tgk wayang.. mak aiiiii ramain
ya makluk pada hari itu.. ai rimas n lemas aku rasa... erm fuh lega...nasib aku baik coz cite AVATAR yg kami nak tgk full house..wakaka..bestnya......suka2.. ni bermaksud aku ada peluang nak g IOI... :D ..sebelum g IOI aku isi perut dgn nasi ayam n waffle.. nak kata sedap tak tau la coz masa tu aku memang lapar gila.. lepas je makan aku blah dari meja.. aku nmpak kedai buku kat depan.. tersenyum2 aku melangkahkan kaki masuk kedai tu.. aku dapat apa yg aku nak.. heheh.. beliau lak masa tu senyap je..tido kot..malas la aku nk kaco..tak pasal2 aku cari pasal lagi..


ni la novel yg aku dapat kat alamanda... best2 suka sangat.. tak sabar nak baca....

selesai je aku membayar harga novel tersebut ku lihat di muka pintu kedai ada adik aku.. aduila.. aku dah agak dah apa ayat yg bakal dia lontarkan.. "asyik beli buku je..buku2" ai budak ni cari pasal lak.. tpi aku tak pedulikan pun.mulut dia mmg tak leh senyap..
dah la pagi2 berperang ngan dia..malas aku...tak pasal2 ada yg makan kasut nanti..aku hanya menghadiahkan dia sebuah jelingan.... tiba2 je hp aku berbunyi..hehe dah agak dah mesti beliau yg send msg..maybe dh bngun tdo agaknya..aku malas nak tnya.. bukan aku tak tau perangai beliau tu..hilang je dia mesti g tdo.. g mna lagi klu tak tdo..

sampai je kat IOI.. aku meluru masuk.. aku nak cepat g kat popular.. wah.......masuk je kat popular tenang je hati aku..macam dunia ni milik aku..hehehe..
klu blh nak je aku tinggal dalam tu..

yahuuuuuuu aku dapat dah novel ym..lama dah aku cari novel tu..akhirnya jumpa gak.tu pun ada satu je.jenuh mata aku pndang kiri kanan atas bawah cari novel ni..
dan aku tertarik dgn novel gadis lolipop..aku beli je la..dah aku suka..amik je la..


Dgn cerianya aku gtau kat beliau yg aku dah jumpa novel ym..hehehe..sementara aku tnggu masa nk masuk kat dlm panggung..aku menghabiskan masa bersembang dgn beliau..byk benda kami bualkan..dari A,B,C dan2 je Z...tpi tetap tak abes..

filem ni la yg aku tgk..byk2 cite yg ni je masih ada kekosongan...Pulau asmara...nak kata best tak best jugak..aku tak tgk pun aku busy bersembang ngan beliau..klu suruh aku ceritakan sure tak blh..yg paling tak suka lakonan watak lina..adoiiiiii dalam hati aku mgutuk je..banyak dah dosa yg aku dapat..tu la malas tgk..lebih baik aku bersembang ngan beliau...hehehehehehe

abes dah...... tu je yg berlaku sepanjang malam tadi....pape pun aku puas berjaya menghabiskan duit simpanan ku....wakakaka...sedar2 je tgl $3.50...
takpe cukup utk beli kitkat :D


Sabtu, 19 Disember 2009

Special Thanks

Blog aku berwajah baru... hasil pertolongan seseorang.. hehehe.. malu aku dibuatnya... buat2 tak malu je pun malam tadi minta bantuan n pertolongan dia.. Aku suruh dia jenguk je blog aku.. n dia bagi komen.. dan2 dengan selambanya aku kata tolong la aku buat.. aku memang mengharapkan pertolongan dia coz aku tau dia pakar IT... tak sangka dia sudi membantu aku.. "ada bayaran ke?" tanyaku kepada dia... "bayar hanya dengan ucapan terima kasih". wah bestnya dapat kawan mcm dia ni.. thanks a lot.. thanks so much... thanks many2.. pe lagi ye.. hehe dah kot.. apapun terima kasih khas buat "zona Zoney" ( computer zone ) diatas bantuan yg diberikan.... :D

Malam itu Night :P


Malam itu gelap... memang la gelap tpi tak gelap sangat coz ada lampu n menerangi setiap malam.. tpi tu malam... camne dgn hati aku yg gelap pada malam itu... ada tak lampu yang meneranginya???...hehehe soalan yang hanya aku saja mampu menjawabnya...

Malam sebelum tu aku hepi je 24jam penuh dgn senyuman... ntah kenapa.. bukan aku jatuh cinta tau..klu aku jatuh cinta pun tak la sehappy mcm tu... tpi hati aku ni rasa di geletek2 je pd malam tu. walaupun mulut aku sakit tpi tu semua tak menjadi penghalang utk aku terus tersenyum... agak2 malam tu aku tido kol 4am..

ntah apa yg aku buat dgn insan yg dah mula bertapak kan hati aku tu.. adeh best wa cakap lu.. wlupun sembang kosong tapi terhibur je rasa.. coz bukan selalu berpeluang menghabiskan masa lama mcm tu.. aku dapat rasa yg aku memang amat memerlukan dia... tpi tu semua cite malam sebelum tu..

aku nak cite malam selepas tu... erm ai.. kesian kat dia.. penat letih.. mklumla hari tu kan cuti maal hijrah.. so dia abeskan masa dia kat umah je..nk rest katakan... tpi masa utk aku takde :( tpi aku buat2 faham.. naya cari nahas je klu aku tunjuk yg aku tak faham.. abes la rongga2 dalam telinga aku ni dicuci dgn ceramah2 dia..

dalam dia kepenatan sempat gak aku menyakat dia.. wakakaka.. sukanya aku.. memang dah jadi tabiat aku menyakat insan tu.. dulik la...aku suka..wlupun dia tak suka..hehehe.. semalam dia kata nk pasang kabinet..masa tu kol 1 ptg kot waktu Malaysia..dia suruh aku tunggu..dah selesai baru la dia layan aku.. tertido aku tnggu insan tu.. sedar2 je dah kol 3 lebih mak ai..

aku pun dengan muka tak malu mengesemes beliau... sms aku berbunyi mcm ni "woiiiiii ni pasang kabinet ke or g cari kayu n papan kat dalam hutan?" kan kan dah kena... dia pun dgn muka sebeknya menjawab....ntah la jawab pe malas aku nk pamerkan kat cni kang beliau memahari diriku yg dah sedia dimarah...

macam dia tak kenal aku sape..penyakat no.1... adeh aku bukannya nk simpati dgn beliau..tpi masih nak menyakat..aku berkata dgn bangganya.."tu pun tak dapat buat ke..klu aku yg buat seminit dah siap..anggap mcm puzzle je".......wahh dia meledak marah..umpama bom yg baru abes meledak menghuraikan isi2 didalam...wakakaka..btl ke ayat aku tu?? belasah je la..aku bukan nk buat karangan spm pun...

Marah dia kali tu aku tak masukkan kat hati.. tpi aku gelak je..dulik la..bukan dia nmpak pun..dan2 je malam tu jam didinding mengerakkan jarum-jarumnya menunjukkan angka 8 pm...huishhh dia dah tdo..awal sangat..kata nk luangkan masa utk aku.. :(( aku pun buat tak merajuk.. tpi mesti beliau dah dapat kesan yg aku merajuk.. bukan sekali dah benda macam ni berlaku.. tapi dah banyak kali.. aku buat dek je.. tu yg beliau selalu je marah kan aku... meledak lagi letupan kemarahan beliau.. dia kata " ros faham utk 2-3 hari je..pastu buat lagi"...wakakaka.. ye ke?? adoiiiiiii aku pun tak tau.. tpi memang aku ni dah terlebih manja dengan dia... nak buat camne.. dia je la tempat aku nk meluahkan segala2nya.. tempat aku mendapatkan kasih sayang...

aku dengan hati tak puas mengganggu tidonya yg ntah lena ke tak.. coz dia balas gak msg yg aku send.. tpi pelik je bunyi ayat dia.. marah kot.. asyik2 suh aku tido.. ai dah la aku bengang pd malam tu.. dia pun cepat sangat nk tido... malam tu ku rasakan sepi je.. kat umah pun takde sape2..semua g jalan.. malas aku nk ikut sure hati aku akan bertambah sakit coz terpaksa berhadapan dgn "enemy" aku.. baik aku dok kat umah je layan perasaan..

aku yg memang takde keja terpaksa cari keja pd malam tu.. mangsa aku adalah beliau..hahaha..target aku pd malam tu nk puaskan hati aku walaupun aku terpaksa mendengar ceramah halwa telinga malam2... tak kisah pun walaupn aku terpaksa bermain dgn air mata.. dia ni kalau bagi ceramah fuh aku cakap...bukan hati je blh rasa sampai ketulang2 pun blh rasa...sampai terhenyut2 aku menahan tangis...biasala dah dia mmg aku hormat.. apa je ayat dia mmg semua betul... tapi 1 je aku ni jenis yg insaf sekejap je.. pastu aku buat lagi... sape la yg tahan kan.. sekuat mana pun kesabaran org tu klu perangai aku mcm ni mesti la akan meletuskan kemarahan..jangan kata org gunung berapi pun blh meletus bila berhadapan dgn aku...

cite semalam tak abes macam tu je.. sambung lagi...adeh lain macam je cara ayat dia pagi tadi..salah aku la ego sangat.. kan dah kena...amik ko..kena marah lagi...ntah berapa kali dah aku kena marah... tak terhidung oleh jari2 halus mulus aku dah.. banyak sangat kot.. tpi dalam kemaharan masih lagi ada kesabaran yg menguasainya... alhamdulillah dia tak marah teruk seperti selalunya.. hehehe..

aku ni suka cari pasal ke??? sape la blh jawab soalan tu..aku tak leh jawab..coz tak dapat jawapan pun.. aku tanya soalan ala2 soalan upsr ni kat beliau...dia jawab "ye..memang suka cari pasal...suka kena marah kan" fuh ayat..power gila..aku membalas "wah...ingat hati aku ni kebal mcm besi ke"...hehehe dan2 je dia membalas "ingat kebal dah..dok cari pasal je keja dia.." ye ke aku suka cari pasal..tpi satu ayat yg membuatkan hati aku terusik rasa seperti digeletek... "cheh, klu tak cari pasal________ tak marah tak tentu pasal"...wakaka..adeh tak sangka dia mengaitkan n mengabungkan ayat ni...apa tak aku gelak..

erm sengaja aku buat space... kang ada yg baca mesti tau sapa yg aku maksudkan bila aku isi je space tu.. biar aku yang tau sape "beliau" yg aku maksudkan... pape pun aku memang sayang kat dia.. dah terlalu manja dgn dia..n aku hormat dgn dia... tak tau la cmne rasa tnpa kasih sayang dr dia.. tak blh nk bayangkan..ada yg salah faham ke bila baca..dia bukan bf or teman lelaki aku..tpi dia lebih special dri tu..renung n fikir2kan....

pesanan utk beliau.........i love u so much forever...sorry 4 anywrongthing....

Jumaat, 18 Disember 2009

Saya Cintakan Awak !!!!!



saya cintakan awak... agak2 apa benda tu erk.. of kos la melibatkan soal hati n perasaan kan kan.... hehehe.. kisah ni aku amik dari dalam lappy aku... tak tau mcm mna ada dalam lappy aku.. so aku kongsi ar kat cni.. meh kita sama2 hayati........

satu pasangan kekasih sedang memecut melebihi 100 km/jam di jalanraya. naik motorsikal....

Gadis : Perlahankanlah sikit moto nie..saya takut la…
Si Lelaki : Tak nak..bawak laju-laju macam nie ler seronok..
Gadis : Tak..tak seronok pun..tolonglah..saya takut sangat nie…
Si Lelaki : Kalau awak nak saya perlahankan motosikal nie…awak kena kata awak cintakan saya dulu…
Gadis : Ok. Saya cintakan awak!!!
Si Lelaki : Ok..sekarang peluk saya kuat-kuat.

* Si Gadis Memeluk Lelaki tadi dengan erat....

Si Lelaki : Awak…boleh awak tolong tanggalkan helmet saya tak??? Kemudian pakaikan kat kepala awak...Saya rasa tak selesa lah..

——————————————————————————–

khabar keesokkan harinya :

Sebuah motosikal telah berlanggar dengan satu bangunan akibat kegagalan fungsi brek.

Dua mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut, dan hanya satu daripada mereka terselamat.

——————————————————————————

Kisah sebenarnya, semasa sedang menuruni jalan tersebut, Si Lelaki telah mendapati yang brek motosikalnya tak berfungsi, tetapi dia tidak mahu kekasihnya tahu. Sebaliknya, dia meminta kekasihnya tadi mengungkapkan perkataan ” Saya cintakan awak” dan merasakan dakapan terakhir kekasihnya, dia juga memberikan helmetya kepada Si Gadis mengharapkan kekasihnya itu selamat..walaupun itu bereti dia akan terkorban.

Jadi sekiranya anda ada seseorang yang amat anda cintai dan ambil berat, beritahu dia yang anda cintakannya.

Semoga kita masih punya waktu untuk mengucapkannya.

birthday aku ................


Birthday aku ke?? bukan la..birthday aku lama lagi.......yg tahun ni dah lepas dah.. tahun depan bakal menjelma...masa tu tambah lagi setahun umo aku..hehehe.. tu pun kalau umo panjang dan aku masih sempat nak raihkan.. bercakap tentang birthday.. hari ni dah masuk awal muharam kan.. so salam maal hijrah buat semua.. moga kita mulakan segalanya dgn azam yg baru..

Birthday, birthday :-? ada apa pada birthday.. takde pape rasanya... just tmbah usia je.. bagi aku la mcm tu..pada korg aku tak tau.. erm bila ingat je pasal bfday teringat zaman aku masa tinggal kat asrama dulu.. aku terdampar menyeberangi laut cina selatan..makkkk ai jauh dari family...aku dapat ipt kat Sabah Negeri di Bawah bayu.. tak tau hok mana yg Bayu tu.. blm kaji lagi..

Tpi aku tak kisah mmg biasa dah hidup mcm t
u... ramai gak member baru yg aku kenal masa tu.. dan2 je dah masuk sem 2 aku ni popular gak la.. semua org kat hostel kenal ngan aku.. masa tu aku dapat hostel pe erk..lupa dah nama natang tu..ai cepat sangat lupa. tpi yg pasti hostel tu bersebelahan dgn hostel lelaki.. ceh pe lagi skodeng n berpewitttt je la.. ambui.. pmpuan yg lebih2...

Masa tu Aku rapat dgn kakak2 senior.. sampai ada yg iri hati.. tp aku tak kisah pun.. yg penting aku tak kaco hidup org dah la... aku lak masa sem 2 dpt roomate sekelas aku... hepi je hidup... mmg la hepi coz blm cite lagi pasal gaduh2.. adeh mulut aku ni bkn blh diam leser semacam je.. ada gak yg makan hati berulam hempedu dibuatnya.. lebih2 lagi aku ni seorg yg pentingkan kebersihan.. sape je yg tgl ngan aku cnfrm terasa.... pernah gak aku buat kes sampai tak balik ke bilik coz tak suka keadaan bilik yg besepah dgn erti kata lain merajuk la... aku g lepak kat bilik member aku.. kat sana la aku menghabiskan masa2 ku.. best oooooo wa cakap lu.. dijaga dgn baik... maklum la aku yg paling muda diantara semua.. kat dalam kelas pun mcm tu... aku yg paling muda... nasib aku baik coz warden takde yg cari aku.. kalau tak adoiiiiiii ada yg kena sembelih dibuatnya..

ish ish... melalut dah aku ni.. aku nk cite pasal bfday tetiba g meleweng ke lain... mlm bfday aku.. aku lepak kat bilik senior... apa lagi buat projek gila2 la.. mam mee magi sambil layan cite korea.. masa tu cite korea popular "full house" adeh aku tak layan sangat menda mcm tu.. tapi layan jugak la.. amik ko touching abes la cite tu.. dan2 jew ... faham2 la... erk tetiba roomate aku panggil suh balik ke bilik.. aku pun dgn langkah lemah gemalai ( malas ) g la mengekori dia dari belakang.. kat bilik mmg dah gelap.. coz jam 11 mesti off semua lampu.. tu la peraturan.. ikut je la.. ingatkan ada hal apa dia panggil aku...takde yg penting sangat pun.. masa dah kol 11 malam kot.. tak tau lebih tu kol bape... tetiba roomate ni kata sakit pewut... aku pun dgn penuh simpati.. merenung dia dgn penuh belas kasihan..

dia kata "ros meh la teman aku g toilet".... aku pun pelik gak tak pernah minah ni mcm ni.. lagipun toilet dgn bilik bukan jauh sangat.. beberapa cm je dari bilik..cm ke =)) ..bkn la..meter kot...aku yg tak mengerti pape ikut je... kang tak ikut naya aku.. dibuatnya minah tu melepas kat bilik aku gak yg susah.. adeh.. g je la.. sampai je kat dalam toilet dia dah senyum2 memperlihatkan gigi dia yg putih tu :D hehehe..

hai pelik sungguh aku... dan2 je aku melangkah kaki ke pintu tandas muncul geng2 yang lain....aku dikurung dalam toilet... mak aiiii terkejut beruk aku... semua dok siram aku.. dah la tengah malam.. gila main siram2 n jirus aku ngan air.. air tu pulak ntah air apa.. merah badan aku.. mengigil kesejukan aku masa tu.. abes basah kuyup satu badan.. ai nasib2.. aku pun dgn selamba berkata kat roomate aku "cis...........yeye aku ingat ko sakit pewut"... tapi aku tak marah sangat... abes macam tu je... erm aku tau mmg adat sambut bfday mcm tu.... lebih2 lagi bila tergolong dlm geng yang nakal.. sib baik masa tu aku tak menjerit... klu tak naik ar en.botak ensem ( warden aku ) sama2 meraikan bfday aku... wakakaka.. masa tu kami dpt warden lelaki... coz hostel yg kami diami mmg bekas pelajar lelaki.. cuma disedekahkan kat student perempun..

member aku pun dgn muka tak malunya berkata "ros..selamat hari jadi." aku pun senyum je la.. tak tau nak kata apa.. tergetap gigi aku dok tahan kesejukan.. pintu toilet pun masih blm terbuka.. badan aku pun dah gatal2 kena air jirusan ntah air apa.. aku tnya.. diorg kata air tu air milo yg dah seminggu... pastu bubuh telur busuk, sos, cili... mak ai tekejut aku dgr.... patut rasa semacam je badan aku ni rasa pedas n pedih je... aku pun mandi la membersihkan badan.. mmg melekit abes bau telur kat badan aku.. baju yg aku pakai msa tu baju converse merah.. baju kesayangan aku... tpi tak pakai dah.. ada bau la... baju tu dah jadi kenangan.. dah jadi tempat autograf kawan2 aku.. n baju tu dah jadi kad bfday utk aku.. ntah kat mna dah baju tu.. kat kampung kot... rasanya kat sana la....

erm dah selesai je aku membersihkan badan.. dup dup.. hp aku berdering... masa tu popular ringtone teman tapi mesra...hehehe..bergema je bilik dibuatnya... akk aku yg kol.. "selamat hari lahir sayang yg ke-17 tahun," sayup2 je munyik suara dia.. " kawan2 buat pe kat ros?" aku pun mengadu la "siram pokok bunga n masak2 tak jadi" akk aku faham mksud tu..wakakaka punya la dia gelak.. kuang asem tol..bkn nk simpati.. malah berterima kasih kat kawan2 aku...huh...

erm tepat kol 1 aku pun mula rasa tak seda
p badan.. gigil je...napas pun turun naik.. amik ko.. semput dah hah... roomate aku pun mula la cemas... padan muka sape suh mandikan aku tengah2 malam... adeh susah payah dia panggil kawan2 yang lain.. semua dok panggil nama aku... n sua inhaler ke mulut.......dus dus dus..3 sedutan... tak ok gak.. sib baik takde yg bagi cpr klu tak mati tekejut aku...hehehe... erm ntah sedar tak sedar aku masa tu dah kat hospital... kawan aku kata aku pengsan... takde napas.. semua dok nangis.. ingat aku dah takde.. uikkkkkkkkkk jangan serammmmmm :-SS taknak aku... tpi apa2 pun kawan2 aku la yg terbest.. kenangan tu mmg aku tak dapat lupakan... u all always in my mind n my heart...

ni la pic kawan2 aku.. tpi masa ni sem 6 dah.. pic roomate aku masa sem 2 takde kat cni.. dah cari tak jumpa.. tpi semua ni kawan sekelas aku.. n ni la bilik aku.. dijadikan mangsa lepak...hehe

ni pic aku masa sem 2... hehe.. dgn kak rosa senior aku.. nama kami sama..tpi aku "ros" dia "rosa" hehe...aku selalu lepak kat bilik dia..ilang je aku dari bilik tak lain tak bukan mesti merayap g cni.. kak rosa...ros miss u :(

ni pun pic masa sem 2...tahun 2006 kot..erm ni classmate kak ros.. kak elin.. juga senior aku.. dia ni ada adik.. ada kisah aku n adik dia ni.. tpi tnggu la.. klu ada mood aku cite.. now takde mood..

dah2... sampai sini dulu kisah utk hari ni.. pada sape2 yg befday hari ni.. hapy befday.. n salam maal hijrah buat semua..semua :-? ... ada ke yg nk baca blog aku ni... ::blush:: perasan je...hehehe.. owh lupa... bfday aku mmg takde kek.. takde sape nk sponsor.. hehe.. 2 la takde pic kek :D.. tpi next year dia ada.. nti aku cite lagi :P



Sabtu, 12 Disember 2009

menatap matamu

video

hehehe... Ni la video pertama aku..pertama ke :-?
rasanya sebelum ni pernah gak aku buat video mcm ni.. tpi ni la yg pertama terpapar pd umum..ye ke?? ye je la.. video ni aku buat sempena bfday kacheh aku.. 29/11.... erm lama dah video ni bertapak kat dlm lappy aku.. tak tau nk paparkan kat mna.. puas dah pikir cara nk paparkan.. dan2 je ingat kat fb.. terpaparla video ni secara tak rasmi kat fb aku..muahaha... utk kacheh aku..selamat hari lahir,, moga panjang umur..murah rezeki, n bertambah sayang ngan aku... hehehe :P

Alhamdulillah...........dah terbina


Akhirnya siap gak blog aku wlupun belum cukup sempurna lagi. Pasni blh la aku meluahkan segala yg terpendam, tersirat, tersembunyi, tersorok, terselindung dan yg ter2 seumpanya lg.. Macam mana aku terpikir nak buat blog??? Ermm mcm ni ceritanya.. Malam tu (tak tau la malam bila coz setiap malam aku dok chat je dgn insan ciptaan Tuhan ni, bkn setiap malam je blh katakan setiap saat chat ngan dia. Tak abes dgn chat dok sambung msg lagi) erm..mlm tu dia lambat balas ym aku..pelik tu..selalu aku tak abes taip dia dah balas dah.. wakaka..yeye je la.. tnya punya tanya dia dok ngular g blog sepupu dia. patutla lmbat sangat balas. dan2 je dia tanya "ros tak nak buat blog ke??? blh jadikan tempat ros meluahkan".. ai meluahkan apa aku pun tak tau. maybe aku ni selalu sangat meluahkan isi perut dan hempedu aku pada beliau.. wakaka patutla dia tanya. tp aku lupa aku jawab pe kat dia. tak ingat dah.. beliau ni la yg aku maksudkan....

Hah ni kacheh aku.. ( kakak ) sama tak muka kami.. mmg la tak sama kan kami ni adik beradik.. wlupun bapa berlainan tpi kami tetap mempunyai ibu yang berbeza.....hehehehe...dia la yg selalu ada dgn aku tak kira la aku tgh sedih, gembira, suka, duka. dia tetap ada dlm apa jua situasi... n dia ni la jugak yg bagi cadangan utk aku buat blog.. dia nampak je ayu.. tpi nak tau...makkkkk aiii TEGAS..n garang la jugak dia ni mengalahkan guru disiplin aku masa zaman aku sekolah menengah dulu.. nasib baik dia takde dekat dgn aku.. klu ada mau tak dirotannya aku..wakakaka.. aku ni nmpak je lembut tpi degil.. hnya dia je tau tahap kedegilan aku.. walaupun tegas loyar buruk dia tetap no.1.. fuyoooooo klu masak raja lawak gerenti mesti jadi ratu lawak ni..

( kacheh jgn marah k )


Ermmm aku ni tak tau lagi pasal selok belok dunia blog ni.. hehe.. so aku g tnya seorang lagi kakak aku.. memula tnya template je.. nak tau dia jawab pe.. bak ic ngan pasword ... wakakaka.. dia nk ic aku la.. dan2 aku pun bagi la dah org nk hulurkan bantuan kan.. makasey kak mawar.. :) ermm semua ni hasil sentuhan tangan dia yg lembut tu la.. bak kata org "air tangan" dia la ni.. tak tau la ada air tangan ke tak.. kena tnya dia la.....


ni la cik mawar a.k.a kak acik ani.. dia la yg banyak membantu.. yg budak kecik tu luqman.. anak dia punya abag.. hehehe.. erm dia ni pun selalu sangat tolong aku.. yg ni pun blh tahan dia punya loyar gak.. nmpak je ayu.. sekali gelak blh bergegar tiang rumah aku.. runtuh je tak..

rasanya aku nk stop cite ni kat sini.. dah larut malam dah.. uwaaaaaa ::ngantuk::