Jumaat, 18 Disember 2009

Saya Cintakan Awak !!!!!



saya cintakan awak... agak2 apa benda tu erk.. of kos la melibatkan soal hati n perasaan kan kan.... hehehe.. kisah ni aku amik dari dalam lappy aku... tak tau mcm mna ada dalam lappy aku.. so aku kongsi ar kat cni.. meh kita sama2 hayati........

satu pasangan kekasih sedang memecut melebihi 100 km/jam di jalanraya. naik motorsikal....

Gadis : Perlahankanlah sikit moto nie..saya takut la…
Si Lelaki : Tak nak..bawak laju-laju macam nie ler seronok..
Gadis : Tak..tak seronok pun..tolonglah..saya takut sangat nie…
Si Lelaki : Kalau awak nak saya perlahankan motosikal nie…awak kena kata awak cintakan saya dulu…
Gadis : Ok. Saya cintakan awak!!!
Si Lelaki : Ok..sekarang peluk saya kuat-kuat.

* Si Gadis Memeluk Lelaki tadi dengan erat....

Si Lelaki : Awak…boleh awak tolong tanggalkan helmet saya tak??? Kemudian pakaikan kat kepala awak...Saya rasa tak selesa lah..

——————————————————————————–

khabar keesokkan harinya :

Sebuah motosikal telah berlanggar dengan satu bangunan akibat kegagalan fungsi brek.

Dua mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut, dan hanya satu daripada mereka terselamat.

——————————————————————————

Kisah sebenarnya, semasa sedang menuruni jalan tersebut, Si Lelaki telah mendapati yang brek motosikalnya tak berfungsi, tetapi dia tidak mahu kekasihnya tahu. Sebaliknya, dia meminta kekasihnya tadi mengungkapkan perkataan ” Saya cintakan awak” dan merasakan dakapan terakhir kekasihnya, dia juga memberikan helmetya kepada Si Gadis mengharapkan kekasihnya itu selamat..walaupun itu bereti dia akan terkorban.

Jadi sekiranya anda ada seseorang yang amat anda cintai dan ambil berat, beritahu dia yang anda cintakannya.

Semoga kita masih punya waktu untuk mengucapkannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan