Rabu, 23 Disember 2009

The day b'fore tomorrow


Rindu dan sedih tak boleh dipisahkan...bila ada rindu sedih pun turut serta bermain dalam perasaan.. begitu juga sebaliknya.. rindu masih datang menerpa di lubuk hatiku.walaupun pun tak diundang kehadirannya tetap ada..tanpa segan silu menerpa diriku lagi...masuk ni dah 5 mesej yg aku terima kat hp aku.. pantang hp aku berdering laju je aku mencapai dan membacanya..tapi hampeh semua msg tu datangnya dari 'tuan rumah' sape lagi klu bukan maxis.. rajin sangat dia hantar msg kat aku.. macam tau2 je yg aku tengah menantikan seseorang..

Pagi tadi aku menerima msg dari beliau.. dengan mata yang cukup layu dan kuyu ku baca isi kandungan msg tersebut.. "selamat pagi cyg".. hehe..amik ko...dek kerana msg tu mataku yg kuyu tetiba membutam besar (btl ke ayat aku tu)..membonjol keluar je tak... tersenyum2 aku membacanya.. selesai je membalas msg tersebut aku yg mula keboringan tak tau nak buat pe mencapai novel pemberian beliau. aku selak2 je novel tu..tapi tak dibaca.. mood utk mebaca takde..lagipun aku tak basuh muka lagi..hehe..

aku renung siling kat bilik ku..kot2 la nak runtuh menghempap aku..tak ke naya..adehh..renungan ku beralih kepada kipas yg berpusing menjalankan tugasnya tanpa henti 24 jam sehari. 7 kali seminggu, 30 hari sebulan, 365 hari setahun dan hanya akan berehat bila aku tak berada kat dalam bilik je.."kebal sangat kipas ni..tak henti2 menghulurkan tenaganya untukku..kalaula dia tak berfungsi tak lena hidup aku"...begitu la aku..bermanalog lagi..

sedar tak sedar aku terlena semula..bangun2 je dah kol 10.30 pagi..mak ai..terkejut aku..lewat benar aku bangun hari ni.. terlintas di ruangan fikiran mengenangkan apa yg aku lakukan malam tadi.. seperti gambaran drama kat tv..otak ku mula ligat berfungsi mengingati sesuatu....
Malam tadi aku g dataran skodeng 'kapel' yg tgh menjalankan operasi berasmaradana..bukan niat aku g sana nak skodeng..tpi dah terskodeng...perghhhh tercuci mata aku..dan2 je aku dah dapat dosa malam tadi..bukan aku nak tengok 'kapal malam'
( couple) memang dah mereka parking depan mata aku.ye ke?? ke aku yg g park dekat dengan diorg..hehe..secara tak langsungla ter ter la..banyak betul benda yg berlaku tanpa aku buat dengan sengaja malam tadi..

Tergeleng2 kepala aku melihat aksi kapal2 malam yg tengah belayar.nasib baik takde ombak kalau tak kapal2 tu dah karam kot..kalau aku bawa tok imam sure ada yg kawen free malam tadi..hehehe..jangan salah faham masa tu aku g dataran dgn family aku..nak dating jauh sekali..lagipun nak ajak sape dating dgn aku..almaklumla..shhh...aku g dataran selepas menjamah makanan kat kg.Baru..Dua pinggan nasi aku bantai malam tadi..mau tak terhenjut2 aku berjalan disebabkan kekenyangan yg melampau..tak pernah aku makan dalam kuantiti yg macam tu.."1st nite in my life" ..aku gelak dalam hati..dalam masa yg sama gak hp cute aku berdering..1 new msg..tanpa membuang waktu aku terus membaca msg tersebut..

Mesej dari beliau.. "wah bagus2 makan byk..tq ros..bestnya dpt cuci mata..nk tdo dh lampu dah padam..................................nanti ros tido nyenyak2 ye..ingat mam ubat sekali k..nite n sweet dream cyg..take care... :*"..ada ayat2 yg tak blh dipamerkan..hehe 'secret recipe' tu la ada dot dot....

Sampai je kat umah aku terus menghumbankan tubuh ku kat katil..rasa letih je..masa tu aku belum mandi lagi..teragak2 aku nak mandi..nak mandi ke tak..nak mandi ke tak..ayat tu je terucap kat bibir aku..aku ni tak leh mandi lewat sangat..kang sakit aku yang tesiksa zahir dan batin :P..masa tu dah pukul 10 lebih malam..cepat2 aku meluru ke bilik mandi..takut akan kemarahan 'singa'...selesai je aku mandi hp ku berdering dgn kuat menandakan ada panggilan..dgn langkah seribu ( tak la seribu langkah 5-7 langkah je..bilik mandi depan bilik tido aku) aku mendapatkan hp ku..bila aku nak tekan butang hijau..tuttttt...tutt...talian dimatikan..terkebil2 aku..

secepat kilat dan sepantasnya aku menghantar sms kepada pemanggil tadi..risau takut ada pape yg penting..maklumla pemanggil tu org penting bagi aku..sah memang ada hal penting..erm aku sengaja rahsiakan sape pemanggil tu..biarla jadi mcm 'secret recipe'.nk buat sesiapa yg baca suspen...kepada pemanggil tu "ros nak minta maaf sangat2...bukan niat nak berahsia..tp ros tersepit diantara dua pihak.disebabkan ros dah berjanji takkan menceritakannya."

Nada dering 'demi waktu' dari hp aku mengejutkan lamunan aku..ada sms masuk..pengirim dari 'tuan rumah'..wajah ku mencebik masam.tpi masam2 pun masih ada senyuman yg terukir...hari ni hanya kerinduan yg datang menerpa..sekejap2 ada titisan airmata jatuh membasahi pipiku yg halus mulus.. ( perasan je aku ni =)) )....Betapa aku tak boleh berjauhan dgn beliau..dah terbiasa setiap hari2 ku akan ditemani oleh beliau..aku amat rindukan dia :( ..tak abes2 aku menghitung hari..khamis, jumaat.......... 'day after day' yahuuu ada beberapa hari lagi..sabar2..
moga beliau happy2 je kat sana.. miss u so much..apa yg ada kat hati aku ni terluah pada lagu Where'd you go nyanyian Fort minor..lagu ni aku dedicatekn utk beliau.......... (T.T)


video

Tiada ulasan:

Catat Ulasan